Skip to main content

Singapura

Kadar ERP turun S$1 di 5 lokasi pada cuti sekolah Disember

Kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) akan diturunkan S$1 di lima lokasi ekspreswe pada sebelah pagi semasa cuti sekolah Disember, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Khamis (14 Nov).
 

Anggaran Waktu Membaca:
Kadar ERP turun S$1 di 5 lokasi pada cuti sekolah Disember

(Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 14 Nov 2024 06:33PM Dikemas Kini : 14 Nov 2024 09:39PM

SINGAPURA: Kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) akan diturunkan S$1 di lima lokasi ekspreswe pada sebelah pagi semasa cuti sekolah Disember, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Khamis (14 Nov).

Lokasi-lokasi itu termasuk Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) (sebelum Alexandra menghala ke bandar), Ekspreswe Central (CTE) arah selatan (sebelum Braddell Road) dan Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) arah barat (sebelum Eunos Link).

Kadar yang dikurangkan itu akan berkuat kuasa untuk beberapa tempoh antara pukul 7.00 pagi dengan 9.30 pagi.

Berikut kadar yang telah disemak:

Kadar yang disemak itu akan berkuat kuasa mulai 18 November hingga 31 Disember 2024.

Ia akan kembali pada caj seperti sebelum cuti sekolah mulai 2 Januari tahun depan.

Kadar ERP bagi gantri-gantri lain kekal tidak berubah.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita