Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kadar ERP naik S$1 di tiga ekspreswe

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) bakal naik S$1 di tiga ekspreswe bermula 28 Ogos untuk mengawal kesesakan trafik pada waktu pagi.

Lokasi tersebut termasuk KPE (ECP) selepas Jejambat Defu, di mana kadar ERP akan naik kepada S$6 antara pukul 8.30 pagi hingga 9.00 pagi.

Ia adalah kadar tertinggi sejak pandemik.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengumumkan kadar baharu tersebut pada Selasa (22 Ogos), dan menyatakan bahawa trafik semakin bertambah di sepanjang beberapa ekspreswe, berdasarkan pengawalan trafiknya pada Julai.

Caj ERP akan diubah pada tiga lokasi tersebut pada empat tempoh waktu tertentu.

Ia termasuk dua gantri di PIE (Adam Road dan Mount Pleasant Road) dan jalan menghala ke barat, PIE sebelum ke Eunos.

EKadar pada tempoh waktu dan gantri yang diumumkan sebelum ini kekal tidak berubah.

"Dengan perubahan ini, jumlah lokasi dan tempoh waktu yang dicaj masih lebih rendah daripada jumlah yang dicaj sebelum COVID," dedah LTA.

"LTA akan terus mengawal kelajuan trafik dan paras kesesakan dengan teliti dan menilai sama ada kadar ERP perlu diubah."

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan