Skip to main content

Singapura

Kadar ERP naik S$1 di sebilangan lokasi ekspreswe bagi tangani kesesakan waktu sibuk

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Jul 2022 06:57PM Dikemas Kini : 27 Jul 2022 08:57PM
SINGAPURA: Kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) akan dinaikkan S$1 di empat lokasi ekspreswe, termasuk CTE menghala ke arah utara Singapura selepas PIE serta AYE selepas Jurong Town Hall menuju ke arah bandar.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) yang membuat pengumuman itu pada Rabu (27 Jul) menyatakan bahawa dengan pelonggaran lanjut langkah-langkah COVID-19 dalam masyarakat dan di tempat kerja sejak 26 April, trafik kian meningkat di pelbagai laluan ekspreswe.

"Bagi menangani kesesakan di lokasi-lokasi ini, kadar-kadar ERP akan disesuaikan dengan kenaikan S$1 bermula 1 Ogos di empat lokasi berikut semasa lapan tempoh khusus," jelas LTA.

Kadar-kadar ERP yang disemak adalah seperti berikut:
 
erp rates
(Gambar: CNA)

Tiada peningkatan pada jumlah slot masa atau lokasi yang dikenakan bayaran ERP di seluruh Singapura, tambah LTA.

Kadar bagi slot masa dan gantri yang diumumkan sebelum ini kekal tidak berubah.

"Selepas penyesuaian yang bermula pada 1 Ogos itu, jumlah lokasi dan slot masa yang dikenakan bayaran masih lebih rendah berbanding jumlah yang dikenakan sebelum COVID-19," menurut LTA.

Pihaknya juga menyatakan ia akan terus memantau kelajuan trafik dan tahap kesesakan dengan teliti dan menilai sama ada kadar ERP perlu disemak lagi.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita