Skip to main content

Singapura

Kadar ERP naik S$1 di 7 lokasi ekspreswe mulai 3 Apr

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) akan dinaikkan S$1 di tujuh lokasi eksprewe pada masa-masa tertentu  mulai 3 April untuk menangani kesesakan trafik pada waktu sibuk sebelah pagi. 

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan gerbang yang terjejas termasuk di CTE arah   selepas Braddell Road dan jalan susur  PIE ke CTE arah selatan antara 8.00 pagi dengan 8.30 pagi. Kadar ERP akan naik kepada S$4.
 
Di KPE (ECP) selepas Jejambat Defu, S$1 akan dikenakan antara 7.00 pagi dengan 7.30 pagi. Bayaran di sepanjang laluan itu naik kepada S$5 antara 8.30 pagi dengan pukul 9.00 pagi. 

Kadar bagi waktu-waktu dan gantri-gantri yang diumumkan sebelum ini kekal tidak berubah. 

Mengumumkan kenaikan kadar ERP itu pada Selasa (28 Mac), LTA)menyatakan, trafik sesak di beberapa bahagian ekspreswe, berdasarkan pemantauan  lalulintas pada Februari. 

"Dengan penyesuaian ini, jumlah lokasi dan waktu bayaran masih lebih rendah berbanding kadar yang dikenakan  sebelum COVID-19," menurut LTA. 

Tambahnya, ia akan terus memantau rapi tahap kelajuan trafik dan kesesakan serta menilai sama ada kadar ERP perlu disesuaikan lagi. 

Kali terakhir kadar ERP disemak semula ialah pada Februari. 

Kadar ERP disemak setiap tiga bulan dan disesuaikan ketika cuti sekolah bulan Jun dan Disember, berdasarkan keadaan trafik semasa.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita