Skip to main content

Singapura

Kadar ERP naik S$1 di 6 lokasi; kadar lebih rendah di sesetengah gantri semasa cuti sekolah

Anggaran Waktu Membaca:
Kadar ERP naik S$1 di 6 lokasi; kadar lebih rendah di sesetengah gantri semasa cuti sekolah

Gantri Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP), Singapura. (Gambar: Elizabeth Khor)

Diterbitkan : 14 Nov 2022 07:13PM Dikemas Kini : 14 Nov 2022 07:21PM
SINGAPURA: Kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) akan dinaikkan S$1 di enam lokasi sepanjang sembilan tempoh masa menyusuli semakan terkini oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Ini berdasarkan pemantauan LTA terhadap keadaan lalu lintas pada Oktober di mana ia mendapati "laluan trafik semakin sesak di pelbagai bahagian ekspreswe".

"Kelajuan lalu lintas sepanjang tempoh masa itu sudah jatuh ke paras bawah julat had kelajuan optimum," menurut LTA dalam kenyataan medianya pada Isnin (14 Nov).

Di tiga lokasi sepanjang empat tempoh masa, kenaikan kadar ERP akan ditangguhkan sehingga selepas cuti sekolah bulan Disember pada 3 Januari 2023.

Ini disebabkan oleh unjuran peningkatan sementara pada kelajuan trafik semasa cuti sekolah, menurut LTA.

Kadar ERP untuk baki tempoh masa meliputi tiga lokasi di mana "kelajuan rendah berkemungkinan berterusan sepanjang cuti sekolah bulan Disember" akan dinaikkan S$1 mulai 19 November.

Kenaikan kadar adalah seperti berikut:a

LTA menambah bahawa kadar ERP bagi tujuh tempoh masa di empat lokasi akan diturunkan buat sementara waktu.

Ia akan dikuatkuasakan semasa tempoh cuti sekolah mulai 19 November dan kembali kepada kadar asal pada 3 Januari.

Pengurangan sementara kadar ERP adalah seperti berikut:

a

LTA menyatakan ia akan terus memantau had kelajuan trafik dan tahap kesesakan lalu lintas dengan teliti bagi menilai jika kadar ERP perlu disesuaikan. 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita