Skip to main content

Singapura

Kadar ERP naik S$1 di 5 ekspreswe bagi kurangkan kesesakan trafik

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) akan naik S$1 mulai 19 September di lima ekspreswe, termasuk CTE menghala ke arah selatan selepas Braddell Road dan AYE selepas Jurong Town Hall menghala ke bandar.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan hari ini (13 Sep) "laluan trafik perlahan di beberapa bahagian ekspreswe-ekspreswe" pada Ogos 2022.

"Untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di lokasi-lokasi ini, kadar ERP akan dinaikkan S$1 bermula 19 September di lima lokasi sepanjang lima tempoh tertentu," menurut LTA.

Kadar ERP bagi waktu-waktu dan gantri-gantri yang diumumkan sebelum ini kekal tidak berubah, menurut LTA.

"Dengan penyesuaian (pada kadar ERP) ini, jumlah lokasi dan waktu yang dikenakan bayaran masih jauh lebih rendah berbanding jumlah yang dikenakan bayaran sebelum pandemik COVID-19," tambah LTA.

Menurut LTA, ia akan terus memantau rapi tahap kelajuan dan kesesakan trafik dan menilai sama ada kadar ERP perlu terus disesuaikan.
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita