Skip to main content

Singapura

Kadar ERP naik S$1 di 4 lokasi mulai 23 Mac; LTA pantau trafik di kawasan Orchard

Kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) akan dinaikkan sebanyak S$1 di empat lokasi mulai 23 Mac, menjadikan kadar bayaran sebanyak S$4 di tiga lokasi pada waktu-waktu tertentu.
Anggaran Waktu Membaca:
Kadar ERP naik S$1 di 4 lokasi mulai 23 Mac; LTA pantau trafik di kawasan Orchard
Sebuah gantri ERP di Singapura. (Gambar fail: CNA)
SINGAPURA: Kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) akan dinaikkan sebanyak S$1 di empat lokasi mulai 23 Mac, menjadikan kadar bayaran sebanyak S$4 di tiga lokasi pada waktu-waktu tertentu.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Khamis (12 Mac) menyatakan, berdasarkan pemantauannya terhadap keadaan trafik pada Januari 2026, trafik kian bertambah di beberapa bahagian ekspreswe.

“Untuk menguruskan kesesakan di lokasi-lokasi tersebut, kadar ERP akan dinaikkan sebanyak S$1 mulai 23 Mac di empat lokasi berikut bagi enam tempoh masa yang ditetapkan,” menurut LTA dalam kenyataan medianya.

Kadar baharu adalah seperti berikut:
Related article image
“Kadar bagi tempoh masa atau gantri lain yang diumumkan sebelum ini kekal tidak berubah. Para pemandu digalakkan supaya merancang perjalanan mereka dan menimbangkan laluan alternatif,” tambah LTA.

Pihak berkuasa pengangkutan itu turut memaklumkan bahawa ia sedang melakukan pemantauan teliti terhadap keadaan trafik di kawasan Orchard kerana kelajuan trafik di kawasan tersebut “secara berterusan adalah lebih rendah daripada paras optimum”.

Kawasan berkenaan sebelum ini dikenakan caj ERP, namun tidak lagi dikenakan bayaran sejak pelaksanaan Pemutus Rantaian Jangkitan (Circuit Breaker) COVID-19 pada April 2020.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita