Kadar ERP naik S$1 di 2 lokasi mulai 29 Jun; bayaran di kawasan Orchard mungkin disambung semula
Kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) akan dinaikkan sebanyak S$1 di dua lokasi mulai 29 Jun, menjadikan harga sehingga S$5 pada waktu tertentu.
Sebuah gantri ERP di Singapura. (Gambar fail: CNA)
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (25 Mei) menyatakan trafik bertambah sesak di beberapa bahagian ekspreswe berdasarkan pemantauan keadaan trafik pada April.
“Untuk menguruskan kesesakan, kadar ERP di lokasi-lokasi tersebut akan dinaikkan sebanyak S$1 berkuat kuasa 29 Jun,” menurut LTA dalam satu kenyataan media.
Kadar baharu adalah seperti berikut:
LTA turut menyatakan bahawa pihaknya sedang mempertimbangkan untuk mengembalikan operasi ERP di kawasan Orchard, yang tidak dikenakan bayaran sejak April 2020, selepas memantau keadaan trafik dengan teliti.
“Kelajuan trafik di kawasan Orchard secara berterusan berada di bawah paras optimum sejak Oktober 2025,” menurut pihak berkuasa itu.
“Jika kesesakan jalan raya bertambah buruk pada suku berikutnya, LTA akan menyambung semula operasi ERP bagi Zon Orchard.”
Kadar bagi tempoh dan gantri lain yang diumumkan sebelum ini kekal tidak berubah.
“LTA akan terus memantau kelajuan trafik dan tahap kesesakan dengan teliti serta menilai sama ada kadar ERP perlu diselaraskan lagi,” menurut pihak berkuasa itu.
DISKAUN CUTI SEKOLAH
Semasa tempoh cuti sekolah Jun dari 2 hingga 28 Jun, kadar ERP akan dikurangkan di enam lokasi bagi 18 tempoh masa yang ditetapkan, menurut pengumuman LTA.
Kadar diskaun adalah seperti berikut:
“Kadar tersebut akan dikembalikan kepada kadar ERP semasa mulai 29 Jun.”
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.