Kadar ERP naik S$1 di 11 gantri AYE, CTE mulai 12 Apr
Para pengguna jalan raya di sebilangan bahagian Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) dan Ekspreswe Central (CTE) akan menyaksikan Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) meningkat S$1 mulai minggu depan, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (5 Apr).
SINGAPURA: Para pengguna jalan raya di sebilangan bahagian Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) dan Ekspreswe Central (CTE) akan menyaksikan Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) meningkat S$1 mulai minggu depan, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (5 Apr).
LTA membuat keputusan itu setelah memantau kesesakan trafik di beberapa lokasi di kedua-dua ekspreswe tersebut sambil memerhatikan keadaan trafik pada Februari dan Mac.
Kenaikan itu berkuat kuasa 12 Apr dan dijangka menjejas 11 gantri di lima lokasi di AYE dan CTE, dengan kadar ERP dinaikkan sama ada dari S$0 kepada S$1 atau dari S$1 kepada S$2.
Kadar ERP bagi waktu-waktu lain di gantri-gantri yang diumumkan sebelum ini kekal tidak berubah, tambah LTA.
"Sejajar dengan langkah pengurusan selamat yang dilonggarkan secara bertahap-tahap, jumlah trafik turut meningkat di sesetengah laluan di AYE dan CTE," menurut LTA dalam kenyataan medianya.
Kadar ERP yang dinaikkan di kawasan-kawasan terjejas akan membantu menguruskan kesesakan lalu lintas, menurut LTA.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.