Kadar ERP dikurangkan S$1 di 10 lokasi sepanjang cuti sekolah Disember
(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) di 10 ekspreswe akan diturunkan S$1 semasa cuti sekolah Disember ini, umum Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Rabu (15 Nov).
Lokasi tersebut termasuk Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) sebelum Alexandra menghala ke Bandar, Ekspreswe Central (VTE) sebelum Braddell Road dan Ekspreswe Kallang-Paya Lebar (KPE) selepas Jejambat Defu.
Ia berkuat kuasa pada beberapa masa tertentu, kebanyakannya pada sebelah pagi dari pukul 7.30 hingga 9.30 pagi. Kadar yang disemak itu adalah seperti berikut:

Kadar lebih rendah itu berkuat kuasa dari 20 November hingga 31 Disember. Ia akan kembali seperti biasa bermula 2 Januari.
Kadar bagi gantri lain kekal tidak berubah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.