Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kadar ERP di dua gantri naik mula 6 Mei

Para pengguna jalan raya perlu membayar kadar lebih tinggi di dua gerbang Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) pada waktu sibuk sebelah pagi bermula 6 Mei.

Anggaran Waktu Membaca:
Kadar ERP di dua gantri naik mula 6 Mei

(Gambar fail: Ngau Kai Yan)

Diterbitkan : 29 Apr 2019 05:42PM Dikemas Kini : 29 Apr 2019 05:44PM

SINGAPURA: Para pengguna jalan raya perlu membayar kadar lebih tinggi di dua gerbang Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) pada waktu sibuk sebelah pagi bermula 6 Mei.

Ini menyusuli semakan kadar ERP setiap suku tahun yang dilakukan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) ke atas keadaan lalulintas di jalan raya dan ekspreswe, menurut kenyataan pihak penguasa itu pada Isnin (29 Apr).

Para penunggang motosikal akan perlu membayar S$2 - naik dari S$1 - di gantri arah selatan di CTE sebelum Braddell Road dari 8.30 pagi hingga 9.00 pagi.

Para pemandu yang melalui gerbang Ekspreswe Kallang-Paya Lebar (KPE) selepas Jejambat Defu perlu membayar S$4, naik dari S$3 sebelum ini, antara 8.00 pagi hingga 9.00 pagi.

Semakan seterusnya kadar ERP akan berlangsung pada Mei bagi musim cuti sekolah Jun, menurut LTA.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan