Skip to main content

Singapura

Kadar ERP di 5 lokasi naik S$1 mulai 1 Sep

Anggaran Waktu Membaca:
Kadar ERP di 5 lokasi naik S$1 mulai 1 Sep

Gambar fail gantri ERP. (Gambar: iStock)

SINGAPURA: Kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) di lima lokasi akan dinaikkan sebanyak S$1 mulai Isnin (1 Sep).

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan pada Rabu (27 Ogos) bahawa pemerhatiannya terhadap keadaan lalu lintas pada bulan Julai menunjukkan lalu lintas menjadi sesak di pelbagai bahagian ekspreswe di sini.

Bagi menangani kesesakan di lokasi-lokasi ini, kadar ERP akan dinaikkan sebanyak S$1.00 berkuat kuasa 1 September di lima lokasi semasa tujuh tempoh masa yang ditetapkan, menurutnya.

Perubahan kadar ini dikenakan pada:
  • AYE selepas Jurong Town Hall menghala ke bandar dari jam 7.30 pagi hingga 8.00 pagi
  • AYE selepas North Buona Vista menghala ke Tuas dari jam 5.30 petang hingga 6.00 petang dan dari jam 6.30 petang hingga 7.00 malam
  • CTE menghala ke selatan sebelum Braddell Road dari jam 8.00 pagi hingga 8.30 pagi
  • CTE di arah utara selepas PIE dari jam 6.30 petang hingga 7.00 malam dan dari jam 7.00 malam hingga 7.30 malam
  • PIE (Kallang Bahru & jalan susur ke Bendemeer) dari jam 8.30 pagi hingga 9.00 pagi
Kadar bagi slot masa dan gantri lain yang diumumkan sebelum ini kekal tidak berubah, menurut LTA.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa ia akan terus memantau kelajuan lalu lintas dan tahap kesesakan dengan rapi dan menilai sama ada kadar ERP perlu diselaraskan lagi pada masa hadapan.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita