Skip to main content

Singapura

Kadar ERP di 4 lokasi ekspreswe akan dinaikkan mulai 2 Jan 2026

Kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) di empat lokasi ekspreswe akan dinaikkan sebanyak S$1 mulai 2 Januari 2026.
Anggaran Waktu Membaca:
Kadar ERP di 4 lokasi ekspreswe akan dinaikkan mulai 2 Jan 2026
Gantri ERP di KPE (ECP). (Gambar: Google Maps)
SINGAPURA: Kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) di empat lokasi ekspreswe akan dinaikkan sebanyak S$1 mulai 2 Januari 2026.

Kenaikan itu merangkumi sembilan tempoh masa di beberapa bahagian Ekspreswe Ayer Rajah (AYE), Ekspreswe Central (CTE), Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) dan Ekspreswe Kallang-Paya Lebar (KPE).

Sebagai contoh, gantri KPE (ECP) selepas jejambat Defu, kadar ERP akan dinaikkan kepada S$5 antara pukul 8.00 pagi dan 8.30 pagi.

Mengumumkan kadar baharu itu pada Isnin (17 Nov), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan bahawa keadaan trafik sudah bertambah sesak di beberapa bahagian ekspreswe, berdasarkan pemantauan trafik pada Oktober lalu.

Lantaran itu, kadar ERP di lokasi-lokasi berikut akan dinaikkan, setelah kelajuan trafik jatuh ke paras bawah julat optimum.
Related article image
Sepanjang cuti sekolah Disember dari 24 November hingga 31 Disember 2025, kadar ERP akan diturunkan sebanyak S$1 di enam lokasi.

“Kadar tersebut akan dikembalikan ke kadar ERP semasa mulai 2 Januari 2026,” menurut LTA.
Related article image
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita