Kadar caruman CPF kekal tidak berubah di tengah ekonomi muram dek COVID-19
Pemerintah tidak akan menurunkan buat sementara waktu kadar sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) meskipun di tengah-tengah suasana ekonomi muram dek pandemik COVID-19, kata Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo di Parlimen pada Khamis (4 Jun).
(Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Pemerintah tidak akan menurunkan buat sementara waktu kadar sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) meskipun di tengah-tengah suasana ekonomi muram dek pandemik COVID-19, kata Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo di Parlimen pada Khamis (4 Jun).
Beliau menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Anggota Parlimen (AP) Seah Kian Peng tentang sama ada pihak berkuasa akan menimbangkan untuk mengurangkan sumbangan CPF oleh kedua-dua pekerja dan majikan buat sementara waktu ini sehingga ekonomi kembali pulih daripada krisis COVID-19.
Cik Teo berkata Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) sudah membantu mengurangkan tekanan kos yang ditanggung majikan "dengan kurang gangguan" berbanding jika caruman CPF dikurangkan.
"Sebagai contoh, mereka yang bergantung kepada caruman CPF untuk memenuhi keperluan perumahan dan jagaan kesihatan boleh terus mendapatkannya. Kemampuan rakyat Singapura untuk menabung bagi persaraan juga tidak akan terjejas," jelas beliau.
"Sebagai satu manfaat tambahan, JSS dapat menyasarkan bantuan lebih kukuh kepada sektor yang lebih terkesan oleh penularan COVID-19."
Sungguhpun demikian, Cik Teo berkata Pemerintah akan memantau keadaan dan menimbangkan jikan caruman CPF perlu disesuaikan pada masa depan sejajar dengan bentuk bantuan lain.
Cik Teo juga menarik perhatian bahawa majikan boleh meninjau cara-cara lain untuk mengurangkan kos bukan gaji terlebih dahulu dan memanfaatkan langkah-langkah bantuan rasmi seperti Kredit Kredit Perusahaan SkillsFuture (SFEC)
untuk menghantar pekerja mereka bagi latihan.
Jika tidak, syarikat boleh menimbangkanuntuk menggunakan komponen gaji berubah-ubah (MVC) untuk menyesuaikan gaji bagi menyelamatkan pekerjaan.
Dalam responsnya, Encik Seah - juga Ketua Eksekutif Kumpulan syarikat FairPrice, berkata dalam soalan tambahannya bahawa walaupun pakej rangsangan yang ditujukan kepada majikan membantu menyelamatkan pekerjaan, masih banyak yang perlu dilakukan bagi menangani kemungkinan lebih banyak pemberhentian kerja dan pemotongan gaji.
Walaupun beliau akur bahawa dengan memotong buat sementara kadar sumbangan CPF dapat membantu majikan mengekalkan pekerja, Cik Teo berkata ini dapat menyebabkan kerugian tetap ke atas kemampuan pekerja untuk menabung buat persaraan mereka.
Keputusan itu harus diambil "dengan sangat berhati-hati" dengan mengambil kira jangka hayat penduduk yang hidup lebih lama dan menguruskan perbelanjaan jagaan kesihatan.
Bagi pekerja yang kehilangan pekerjaan atas sebab tidak dapat dielakkan, Cik Teo berkata Pemerintah kini sedang berusaha untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan melalui program seperti program pelatih dan kursus peningkatan kemahiran.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.