Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kad subsidi CHAS digital dilancarkan dalam aplikasi Singpass mulai esok

Anggaran Waktu Membaca:


SINGAPURA: Rakyat Singapura yang layak menyertai Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS), boleh menggunakan kad CHAS digital dalam aplikasi Singpass mulai Jumaat (28 Apr).

Kad CHAS digital itu disediakan secara automatik bagi para pemegang kad CHAS yang berusia 15 tahun dan ke atas.

Kad digital itu disediakan di bahagian "my cards" dalam aplikasi Singpass yang turut mengandungi kad pengenalan dan lesen memandu.

Kad CHAS fizikal masih diberi kepada para pemohon skim bantuan itu di klinik pengamal perubatan umum dan klinik pergigian yang mengambil bahagian, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (27 Apr).

CHAS membenarkan rakyat Singapura yang layak, termasuk pemegang kad Generasi Perintis, Generasi Merdeka, untuk menerima subsidi bagi jagaan perubatan dan gigi di klinik-klinik yang mengambil bahagian.

Untuk menerima subsidi CHAS, para pemegang kad boleh memilih untuk menunjukkan kad CHAS digital atau fizikal mereka, di samping kad pengenalan digital atau fizikal mereka.

D


Pelancaran kad CHAS di Singpass adalah sebahagian daripada usaha pemerintah untuk mendigitalkan lebih banyak perkhidmatannya bagi menyediakan lebih kemudahan kepada orang awam, jelas MOH.

MOH menyatakan ia akan terus mengeluarkan kad CHAS fizikal kepada para pemegang kad setelah permohonan atau permohonan semula mereka diluluskan.

Kad fizikal tersebut akan dihantar kepada para pemegang kad, dan kad digital itu akan disediakan dalam aplikasi Singpass mereka selang sehari setelah mereka menerima pemberitahuan menerusi SMS mengenai permohonan mereka yang diluluskan.

"Untuk mencegah daripada berlakunya akses yang tidak diluluskan, para pemegang kad CHAS tidak seharusnya mengambil tangkapan gambar kad digital CHAS mereka atau berkongsi butiran log masuk Singpass dengan orang lain," tekan kementerian tersebut.

Kementerian itu turut menasihatkan para pemegang kad agar mengamalkan tabiat keselamatan online yang baik, seperti menetapkan kata kunci yang kukuh bagi peranti mereka, atau melindungi akses kepada peranti mereka menerusi data biometrik.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan