Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kad Generasi Merdeka kini boleh diguna secara elektronik

Warga emas berusia 60 tahun dan ke atas kini boleh mengakses kad Generasi Merdeka mereka secara elektronik dan dimaklumkan tentang aktiviti-aktiviti penuaan aktif yang berdekatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kad Generasi Merdeka kini boleh diguna secara elektronik
Diterbitkan : 15 Sep 2019 04:51PM Dikemas Kini : 15 Sep 2019 05:07PM

SINGAPURA: Warga emas berusia 60 tahun dan ke atas kini boleh mengakses kad Generasi Merdeka mereka secara elektronik dan dimaklumkan tentang aktiviti-aktiviti penuaan aktif yang berdekatan.

Perubahan itu diumumkan hari ini (15 Sep) selepas aplikasi Moments of Life dikemaskini.

Aplikasi tersebut merupakan projek besar bagi menyokong warga tua di setiap perjalanan kehidupan mereka dengan mengumpulkan khidmat-khidmat pemerintah yang relevan.

Sebelum ini ia disasarkan kepada keluarga-keluarga muda.

Aplikasi tersebut sudah dimuat turun sebanyak lebih 45,000 kali sejak ia dilancarkan pada Jun tahun lalu.

Aplikasi yang dibangunkan GovTech itu bertujuan membantu golongan tua kekal aktif dan memudahkan mereka mencari maklumat yang relevan.

Warga tua yang layak akan dapat melihat kad Generasi Merdeka mereka dalam bentuk elektronik, jadi mereka tidak perlu membawa kad tersebut secara fizikal bagi menikmati manfaat yang disediakan.

Mereka juga boleh mengatahui manfaat apakah yang layak mereka terima seperti baucar GST.

Satu lagi fungsi membolehkan mereka mencari aktiviti-aktiviti seperti senaman, seminar dan kursus berdasarkan lokasi mereka.

Demi menggalakkan warga tua memuat turun aplikasi tersebut, para sukarelawan dilatih untuk menerangkan ciri-ciri utama aplikasi tersebut semasa lawatan rumah ke rumah.

Mereka juga dapat mempelajari tentang aplikasi tersebut semasa bengkel digital untuk warga tua. 

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan