Skip to main content

Singapura

Kad EZ-Link dewasa guna sistem berbeza dari kad konsesi, peruntukan S$40 juta diperlukan bagi lanjutkan sistem

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Feb 2024 02:50PM Dikemas Kini : 06 Feb 2024 12:10AM
SINGAPURA: Pemerintah perlu membelanjakan peruntukan tambahan S$40 juta untuk melanjutkan sistem yang menyokong kad EZ-Link dewasa.

Ini disebabkan ia menggunakan sistem berbeza bagi kad konsesi, kata Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat pada Isnin (5 Feb).

Meskipun sistem bagi kad konsesi boleh digunakan, sistem bagi EZ-Link dewasa menghampiri penghujung tempoh operasinya tahun ini. Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memerlukan peruntukan tersebut untuk "membeli perkakasan dan peralatan baharu" untuk membolehkan sistem itu berfungsi sehingga sekurang-kurangnya 2030.

Encik Chee berkata demikian sebagai menjawab lebih daripada 20 soalan parlimen mengenai keputusan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk menghentikan seketika penggunaan SimplyGo serta kos yang terbabit.
Encik Chee berkata bahawa pada masa ini, LTA mempunyai tiga sistem: SimplyGo, iaitu sistem tiket berdasarkan akaun, sistem satu kad (CBT) bagi kad EZ-Link dewasa dan NETS FlashPay, dan satu sistem CBT bagi pemegang kad konsesi. Sistem berdasarkan dua kad dibangunkan pada waktu yang berbeza.

Ketika LTA mendapatkan pandangan beberapa kumpulan penumpang yang berbeza tentang sama ada mereka bersedia untuk menukar kepada SimplyGo, golongan warga emas berkata bahawa mereka tidak biasa dengan aplikasi SimplyGo dan lebih selesa untuk terus melihat potongan tambang dan baki kad mereka.

"Berdasarkan maklum balas ini, LTA memutuskan untuk tidak menukarkan pemegang kad- kad konsesi kepada SimplyGo, dan sebaliknya mengekalkan sistem konsesi CBT bagi penumpang tersebut," kata Encik Chee.
Encik Chee mengulangi bahawa kos melanjutkan sistem tiket tersebut tidak akan menjejas tambang pengangkutan awam.

"Kami juga akan mencari cara untuk menyepadukan dua sistem CBT itu dari masa ke semasa tanpa menjejaskan penumpang, dan sebaik mungkin mengurangkan kos keseluruhan," katanya.

Encik Chee menambah bahawa
beliau sudah meminta LTA untuk memperbaiki ciri dan pengalaman pengguna SimplyGo, dan mencari cara untuk mengatasi cabaran teknikal yang menghalang potongan tambang dipaparkan apabila penumpang mengimbas keluar dari stesen MRT atau bas.

Beliau berkata bahawa tiada keputusan perlu dibuat terhadap sistem CBT menjangkaui 2030 pada waktu ini.

"Dalam membuat keputusan selanjutnya, faktor penting termasuk sama ada kami boleh mengatasi had teknikal sistem CBT pada waktu ini, dan sistem yang lebih disukai pengguna."
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita