Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kad bayaran NETS kini boleh digunakan di KL, Melaka dan Pulau Pinang

 Rakyat Singapura kini boleh menggunakan kad ATM NETS untuk membeli-belah di lebih banyak tempat di Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Nov 2019 08:44AM Dikemas Kini : 29 Nov 2019 09:25PM

JOHOR BAHRU: Rakyat Singapura kini boleh menggunakan kad ATM NETS untuk membeli-belah di lebih banyak tempat di Malaysia.

Selain di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka, sudah terdapat lagi 7,400 pusat perniagaan di Johor Bahru yang menerima urus niaga kad-kad itu.

Khidmat itu diperluaskan sejak kali pertama diperkenalkan pada November 2018, apabila NETS menyatakan para pengguna Singapura boleh menggunakan kad-kad ATM NETS mereka di pusat-pusat beli-belah seperti JB City Square, Sutera Mall dan KSL City Mall.

Kini para pemegang kad bank Singapura yang membeli-belah di KLIA 2 dan Sunway Pyramid di Kuala Lumpur, Queensbay Mall di Pulau Pinang dan Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan di Melaka akan dapat membuat bayaran menggunakan NETS.

Khidmat itu tersedia di berbilang cawangan, termasuk para peruncit yang popular dalam kalangan rakyat Singapura seperti Giant Hypermarket, farmasi Guardian dan kedai ubat tradisional Cina, Eu Yan Sang.

Rakyat Malaysia juga kini boleh membuat pembelian di 500 tempat beli-belah Singapura dengan menggunakan kad-kad ATM MyDebit Malaysia.

Ia adalah hasil kerjasama antara Penyedia Khidmat Bayaran elektronik Singapura, NETS dan rakan kerjasama di Malaysia PayNet.

Kedua-dua penyedia khidmat itu menyatakan kerjasama itu adalah sebahagian daripada usaha untuk menghubungkan sistem bayaran di dalam rangkaian ekonomi-ekonomi ASEAN.

Pada April lalu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad telah menyuarakan hasrat bagi menjayakan urus niaga rentas sempadan yang lebih mudah dan dapat dilakukan di antara kedua-dua buah negara.

Usahasama itu juga sedang bergerak ke arah membolehkan pemindahan dana antara sempadan secara serta-merta antara kedua-dua buah negara dan bayaran kod QR.

Pelaksanaan inisiatif itu juga dikatakan dapat memudahkan urus niaga bayaran secara digital serta meluaskan pasaran bagi para peniaga kecil dan sederhana dengan kos yang dimampui. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan