Skip to main content

Singapura

Kacukan orkid baharu sempena lawatan Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 Sep 2025 11:31PM Dikemas Kini : 20 Sep 2025 12:00AM
SINGAPURA: Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) Andrew Parsons diberi penghormatan apabila kacukan orkid baharu dinamakan sempena lawatan beliau.

Dendrobium Andrew Parsons diperkenalkan di Taman Orkid Negara pada Jumaat (19 Sep).

Menteri Undang-Undang Edwin Tong, Presiden Majlis Paralimpik Singapura berserta ahli-ahli persekutuan sukan yang lain turut menghadiri acara tersebut.

Encik Parsons berada di Singapura selama empat hari sehingga Ahad ini.

Beliau akan mengunjungi Institut Sukan Berprestasi Tinggi di Kallang untuk melihat bagaimana Singapura memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan prestasi atlet-atlet para negara.

Beliau juga akan melawat Arena Kejohanan Akuatik Dunia.
Sumber : CNA/NY/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita