Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kaca kompleks Jewel di Changi tidak akan jejas keselamatan penerbangan

Langkah-langkah sudah diambil bagi memastikan keselamatan penerbangan pesawat berkaitan kompleks Jewel Lapangan Terbang Changi.

Anggaran Waktu Membaca:
Kaca kompleks Jewel di Changi tidak akan jejas keselamatan penerbangan

(Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 18 Apr 2018 08:40PM Dikemas Kini : 18 Apr 2018 08:42PM

SINGAPURA: Langkah-langkah sudah diambil bagi memastikan keselamatan penerbangan pesawat berkaitan kompleks Jewel Lapangan Terbang Changi.

Permukaan kaca bangunan itu yang boleh memantul cahaya yang dikhuatiri akan menjejas keselamatan penerbangan.

Bahagian luar bangunan itu dijangka siap bulan depan sejak proses memasang panel-panelnya dimulakan satu setengah tahun lalu.

Beberapa keprihatinan mengenai aspek keselamatan penerbangan timbul disebabkan oleh ciri-ciri panel kaca yang lazimnya boleh memantul cahaya.

Namun menurut Ketua Projek Pembangunan Jewel Lapangan Terbang Changi, Encik Shith Alva, perkara itu sudahpun dikaji dengan menyeluruh bersama pakar-pakar, konsultan dan pihak berkuasa.

Mereka juga sudah memeriksa kesannya terhadap alat radar di dalam pesawat dan memastikan ciri-cirinya menepati segala pertimbangan reka bentuk yang sudah diperiksa sebelum ini.

Encik Alva menambah pihak Jewel Lapangan Terbang Changi akan terus memantau keadaan bersama Changi Airport Group (CAG) dan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) bagi memastikan kelancaran operasi di lapangan terbang itu.

Kompleks Jewel menggunakan sekitar 9,000 panel kaca segi tiga serta 18,000 tiang besi. Setiap panel mempunyai ukuran yang unik dan dilabel dengan kod QR bagi memastikan ia dipasang dengan betul.

Kaca khas yang digunakan juga mampu memancarkan cahaya ke arah tumbuh-tumbuhan di Taman Kanopi di bahagian atasnya.

Selain itu, bangunan tersebut juga memaparkan beberapa ciri mampan lain seperti panel-panel suria yang boleh menjana tenaga elektrik.

Apabila siap kelak, Jewel Lapangan Terbang Changi akan dihubungkan kepada Terminal 1, 2 dan 3. Ia akan menempatkan lebih 300 kedai jualan runcit serta kedai makanan dan minuman.   

Sumber : CNA/NT/aq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa