Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kabin merokok di one-north mampu tukar asap rokok kepada udara bersih

Sebuah kabin merokok yang dipasangkan dengan sistem penapisan udara, untuk menukar asap rokok kepada udara bersih, dilancarkan pada Selasa (21 Mei) di luar bangunan Fusionopolis dekat one-north.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 May 2019 06:09PM Dikemas Kini : 21 May 2019 09:52PM

SINGAPURA: Sebuah kabin merokok yang dipasangkan dengan sistem penapisan udara, untuk menukar asap rokok kepada udara bersih, dilancarkan pada Selasa (21 Mei) di luar bangunan Fusionopolis dekat one-north.

Menurut syarikat yang melancarkan kabin tersebut, Southern Globe Corporation (SGC): "Ia adalah kemudahan pertama yang dibangunkan untuk menangani isu pendedahan kepada asap rokok di Singapura."

Kabin berkenaan menggunakan sistem penapisan tiga lapisan yang dicipta di Denmark.

Dalam langkah pertama, asap rokok akan melalui proses prapenapisan yang mengasingkan zarah debu besar. Sebuah penapis HEPA kemudian akan mengeluarkan zarah berbahaya kecil pada saiz 0.3 mikron sebelum "penapis karbon diaktifkan" untuk menghilangkan segala bau tembakau serta bahan kimia.

SGC menyatakan, setelah itu, kabin tersebut akan mengeluarkan "99.95 peratus udara bersih".

Kabin yang lengkap dengan penghawa dingin itu boleh menampung sehingga 10 perokok pada satu-satu masa.

Seorang perokok menggunakan kabin merokok di one-north. (Gambar: SGC)

SGC menambah satu prototaip yang diperkenalkan awal bulan ini sudahpun digunakan oleh kira-kira 100 perokok setiap hari.

Sistem penapisan yang dibangunkan oleh sebuah syarikat Denmark itu juga digunakan di Dubai, Jepun dan Kuwait.

SGC menyatakan ia merancang untuk melancarkan 60 kabin merokok sedmikian di merata Singapura menjelang hujung tahun ini.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan