Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kabel rosak punca bekalan elektrik terputus di Yishun

Bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan di Yishun pada Jumaat (21 Jun), selepas salah satu kabel mengalami kerosakan semasa kontraktor pihak ketiga melakukan kerja-kerja di kawasan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kabel rosak punca bekalan elektrik terputus di Yishun

(Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 22 Jun 2019 08:53AM Dikemas Kini : 22 Jun 2019 09:10AM

SINGAPURA: Bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan di Yishun pada Jumaat (21 Jun), selepas salah satu kabel mengalami kerosakan semasa kontraktor pihak ketiga melakukan kerja-kerja di kawasan itu.

Menurut kenyataan media SP Group, bekalan elektrik di beberapa bahagian di Yishun terputus pada pukul 4.31 petang dan dipulihkan sepenuhnya 23 minit kemudian.

Para pegawai SP Group "dikerahkan dengan segera" ke kawasan terjejas dengan segara untuk memulihkan bekalan elektrik secepat mungkin dan dengan selamat.

Sebilangan pelanggan bagaimanapun mungkin terus mengalami gangguan pada bekalan elektrik mereka.

Jika perkara itu berlaku, para pelanggan dinasihatkan supaya mengeset semula rangkaian dalaman bangunan mereka.

Menurut SP Group, mereka mungkin memerlukan bantuan daripada pekerja elektrikal yang berlesen.

Seorang pembaca Mediacorp memberitahu beliau sedang berada di pusat beli-belah Northpoint City ketika gangguan bekalan elektrik berlaku. Bekalan elektrik dipulihkan sekitar 20 minit kemudian.

Seorang pengguna Twitter dengan nama 'Alex cheah' turut melaporkan kejadian di mana lampu isyarat trafik dan lif semuanya tidak berfungsi akibat gangguan bekalan elektrik.

Awal dari itu, bekalan elektrik di Yishun juga terputus akibat satu gangguan lain, dengan SP Group memaklumkan mengenai gangguan tersebut pada sekitar 9.45 pagi menerusi laman Facebooknya.

Bekalan elektrik terganggu di beberapa blok HDB di Yishun Street 43 pada pukul 9.00 pagi dan dipulihkan sepenuhnya sejam kemudian.

SP Group tidak mendedahkan punca di sebalik gangguan itu, setakat menyatakan ia sedang menyiasat insiden tersebut. 

Sumber : CNA/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan