K Shanmugam, Tan See Leng saman Bloomberg dan wartawannya
Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng dan Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam sudah memfail tuntutan undang-undang terhadap pertubuhan berita Bloomberg dan salah seorang wartawannya atas tuduhan fitnah.
Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng (kanan) dan Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam (kiri) di Parlimen. (Gambar: CNA)
Berdasarkan laman mahkamah, persidangan kes-kes tersebut ditetapkan pada 3 Mac.
Bloomberg menerbitkan satu rencana bertajuk "Singapore Mansion Deals Are Increasingly Shrouded in Secrecy", yang membincangkan tentang urus niaga banglo-banglo mewah (GCB) di Singapura, pada 12 Disember 2024. Rencana tersebut, yang ditulis Encik Low De Wei, memetik nama K Shanmugam dan Dr Tan See Leng.
Ia dikenakan arahan pembetulan di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (POFMA), yang juga dikenakan ke atas beberapa entiti pada Disember 2024.
The Edge, yang menerbitkan semula rencana tersebut di lamannya, memohon maaf kepada kedua-dua menteri dan menurunkan artikel tersebut.
Bloomberg dan wartawannya diwakili oleh peguam dari RCL Chambers Law Corporation, termasuk Encik Choo Zheng Xi, Encik Chua Shi Jie dan Encik Donaven Foo.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.