Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

K Shanmugam rungkai isu hukuman mati, Seksyen 377A & PM S'pura

Anggaran Waktu Membaca:
K Shanmugam rungkai isu hukuman mati, Seksyen 377A & PM S'pura

(Gambar: Shanmugam Sc/Facebook)

SINGAPURA: Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam menekankan sekali lagi bahawa hukuman mati terus mencapai unsur pencegahan paling serius dalam usaha Singapura memerangi pengedaran dadah.

Hukuman mati, tambah beliau, hanyalah satu aspek daripada pelbagai langkah yang diambil untuk menangani masalah salah guna dadah.
Semasa wawancara dalam rancangan radio BBC yang disiarkan pada Rabu (29 Jun), Encik Shanmugam berkata langkah-langkah itu bertujuan menyelamatkan nyawa para pengguna dadah dan keluarga mereka.

ISU SEKSYEN 377A

Ditanya mengenai undang-undang Singapura mengenai hubungan seks sama jantina, Encik Shanmugam berkata, mereka yang berkenaan tidak akan didakwa di mahkamah.

Perkara itu disahkan oleh Peguam Negara.

Mahkamah Tinggi juga menyatakan pendirian pemerintah mengenai hal itu mempunyai kekuatan undang-undang.

Encik Shanmugam bagaimanapun berkata, walaupun sikap dan pandangan terhadap isu itu kian berubah,sebahagian besar penduduk Singapura masih menolak untuk memansuhkan Seksyen 377A.

Beliau juga menambah bahawa golongan LGBTQ+ berhak untuk hidup secara aman dan mereka juga dilindungi undang-undang.

ISU PERDANA MENTERI

Ditanya pula sama ada seseorang pemimpin bukan kaum Cina boleh menjadi Perdana Menteri Singapura, Encik Shanmugam berkata ia sesuatu yang boleh berlaku selagi para Anggota Parlimen mempunyai keyakinan bahawa individu itu boleh memimpin mereka dan menang dalam Pilihan Raya.

Menurut beliau, tidak tepat untuk mengatakan bahawa anggota masyarakat India atau Melayu tidak boleh menyandang jawatan tersebut.

Namun beliau menarik perhatian, kaum adalah penting dalam bidang politik.

Hasil beberapa tinjauan menunjukkan, seseorang itu lebih cenderung memilih pemimpin dari kaum sendiri untuk menjadi Perdana Menteri.
Sumber : CNA/AI/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan