Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

K Shanmugam jawab kebimbangan berhubung kepalsuan online dan manipulasi undang-undang

Menteri Undang-undang, merangkap Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam menjelaskan mengapa pemerintah perlu adakan langkah tambahan untuk menangani berita palsu. 

Anggaran Waktu Membaca:
K Shanmugam jawab kebimbangan berhubung kepalsuan online dan manipulasi undang-undang

Menteri Undang-undang, merangkap Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam.

Diterbitkan : 07 May 2019 10:27PM Dikemas Kini : 07 May 2019 10:31PM

SINGAPURA: Menteri Undang-undang, merangkap Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam menjelaskan mengapa pemerintah perlu adakan langkah tambahan untuk menangani berita palsu.

Menurut beliau, di merata dunia, kepercayaan terhadap pemerintah dan institusi sudah hilang.

Encik Shanmugam menggariskan empat punca utama iaitu ketidaksamaan, sistem politik yang tidak mengotakan janji, media tradisional serta baru.

"Apabila orang hilang kepercayaan, apabila tiada perbincangan awam yang betul, apabila fakta dirosakkan, demokrasi, masyarakat menghadapi risiko yang serius. Populisme akan bangkit. Keganasan akan meningkat terutama terhadap kaum minoriti, yang lemah.

Keupayaan sesebuah negara untuk menghadapi cabaran akan melemah," menurut Encik Shanmugam.

Mengenai kritikan terhadap undang-undang membanteras kepalsuan online, Encik Shanmugan turut menjelaskan keprihatinan orang awam itu.

Ini termasuk keprihatinan sama ada terlalu banyak kuasa diberikan kepada pemerintah.

Menurut Encik Shanmugam, kebebasan bersuara tidak seharusnya terjejas dengan undang-undang tersebut.

Ini kerana tidak semua ucapan patut dilindungi. 

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan