K Shanmugam & Dr Tan See Leng dakwa rencana Bloomberg berunsur fitnah

(Gambar: Facebook/Tan See Leng/K Shanmugam Sc)
SINGAPURA: Dua menteri Singapura akan mengeluarkan Surat Tuntutan berhubung satu rencana Bloomberg.
Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam dan Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng berkata, rencana tersebut mengandungi unsur-unsur fitnah.
Ia menyebut tentang urus niaga hartanah kedua-dua menteri itu.
Encik Shanmugam dan Dr Tan menekankan, tindakan serupa akan diambil terhadap orang lain yang turut menerbitkan kenyataan sedemikian berhubung transaksi hartanah mereka.
Kedua-dua menteri menegaskan bahawa mereka memandang serius dakwaan-dakwaan sebegitu.
Rencana itu diterbitkan Khamis (12 Dis) lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.