Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Juruterbang SIA maut dalam kemalangan di KL

Seorang juruterbang Singapore Airlines (SIA) meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan motosikal di Kuala Lumpur.

Anggaran Waktu Membaca:
Juruterbang SIA maut dalam kemalangan di KL

Gambar-gambar yang tular di media sosial menunjukkan motosikal yang rosak teruk di pinggir jalan. (Gambar: Ha Nyut/ Facebook)

Diterbitkan : 24 Aug 2018 12:49AM Dikemas Kini : 24 Aug 2018 01:17AM

SINGAPURA: Seorang juruterbang Singapore Airlines (SIA) meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan motosikal di Kuala Lumpur.

Mediacorp difahamkan juruterbang bernama Encik Eugene Wang itu berusia 46 tahun.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, seorang jurucakap Singapore Airlines mengucapkan takziah atas insiden malang itu yang berlaku pada Rabu (22 Ogos).

"SIA bersedih atas pemergian salah seorang juruterbang kami yang meninggal dunia pada 22 Ogos 2018," kata jurucakap itu. "Keutamaan kami adalah untuk menghulurkan bantuan di mana perlu kepada keluarga juruterbang itu."

"Atas sebab-sebab privasi, kami tidak boleh mengongsi sebarang maklumat lanjut," tambah jurucakap itu. "Ucapan takziah dari kami kepada keluarga juruterbang pada masa-masa (sukar ini)."

Gambar-gambar yang tular di media sosial menunjukkan motosikal yang remuk di pinggir jalan.

Banyak ucapan takziah daripada para kenalan mendiang membanjiri laman Facebook yang dipercayai milik juruterbang tersebut.

"Baru sahaja memandu kapal terbang A345 dengannya," tulis pengguna Facebook Kei Seong Foong. "Perwatakannya yang ceria masih diingati sampai saat ini."

"Beliau seorang lelaki yang hebat," tulis seorang lagi pengguna Facebook, Fadzil A Bakar. "Beliau antara mereka yang akan meninggalkan kesan dalam hidup anda. Beliau akan sangat dirindui."

Menyifatkannya sebagai seorang "rakyat Malaysia yang hebat", pengguna Facebook Daniel Cha menulis: "Kami kehilangan seorang rakan dan juruterbang yang hebat. Candi dan tawanya akan sangat dirindui.

"Kasih sayang beliau bagi keluarganya jelas sekali, tidak kira di mana beliau berada. Beliau suka dengan muzik dan menunggang motor diminatinya... Cintanya kepada negara patut dicontohi. Beliau seorang rakyat Malaysia yang bangga (akan negaranya)."  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan