Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jurutera NUS hasilkan peranti baru; berupaya tentukan kandungan lumut dalam air dengan mudah dan pantas

Sekumpulan jurutera Universiti Nasional Singapura menghasilkan satu peranti baru yang mampu menentukan kandungan lumut dalam air dengan mudah dan cepat. 

Anggaran Waktu Membaca:
Jurutera NUS hasilkan peranti baru; berupaya tentukan kandungan lumut dalam air dengan mudah dan pantas
Diterbitkan : 06 Nov 2019 06:20PM Dikemas Kini : 06 Nov 2019 08:28PM

SINGAPURA: Sekumpulan jurutera Universiti Nasional Singapura menghasilkan satu peranti baru yang mampu menentukan kandungan lumut dalam air dengan mudah dan cepat.

Daya inovasi mereka dijangka akan sangat membantu para pegawai kesihatan awam mahupun industri perikanan yang sedang berdepan dengan pelbagai cabaran perubahan iklim.

Pengguna hanya perlu menitiskan sampel air pada cip lalu meletakkannya di atas telefon bimbit dan di bawah cahaya LED peranti seberat kurang 600 gram itu.

Sampel juga dicampur dengan sejenis cecair agar sel lumut dapat mudah dilihat.
Arus elektrik kemudian akan menyebabkan sampel tersebut "bergerak" di atas cip.

Gambar akan dipetik dan satu aplikasi mudah alih akan mengira jumlah sel lumut pada imej yang dihasilkan.

Dalam 15 minit, pengguna akan tahu kandungan lumut dalam air.

Ini satu perkembangan luar biasa kerana sebelum ini, pemantauan mutu air perlu dilakukan selama sekurang-kurangnya 24 jam dan hasilnya pula akan diketahui sekitar seminggu kemudian.

NUS berharap, pasukan penyelidiknya akan dapat mempertingkatkan lagi peranti yang dihasilkan, untuk mengesan bakteria-bakteria lain seperti E. coli dan salmonela.  

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan