Jurutera Menara Fraser, NTU dan The Arc antara 5 pemenang Anugerah BCA
Para jurutera Menara Fraser, Universiti Teknologi Nanyang dan The Arc adalah antara lima pemenang Anugerah Reka Bentuk dan Keselamatan Kejuruteraan Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA).
SINGAPURA: Para jurutera Menara Fraser, Universiti Teknologi Nanyang dan The Arc adalah antara lima pemenang Anugerah Reka Bentuk dan Keselamatan Kejuruteraan Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA).
Mereka diiktiraf atas usaha mereka mencari penyelesaian unik bagi mengatasi cabaran-cabaran seperti pembinaan di permukaan tanah yang cerun dan tapak yang sempit.
Anda mungkin pernah melihat bangunan pencakar langit setinggi 38-tingkat itu dengan rekaannya yang berbentuk miring.
Proses pembinaannya sangat mencabar kerana selain perlu memastikan ia stabil, para jurutera terpaksa mengurangkan pergerakan tanah sewaktu kerja-kerja penggalian dilakukan.
Ini kerana menara itu dikelilingi banyak bangunan bersejarah seperti monumen negara dan Gereja Methodist Cina Telok Ayer berusia 94 tahun.
Pengarah Eksekutif Kanan Meinhardt Encik Kam Mun Wai berkata kaedah pembinaan dari atas digunakan supaya kerja-kerja penggalian boleh dilakukan dengan selamat dan memberi kesan minimal kepada bangunan-bangunan berhampiran.
Encik Kam adalah di kalangan lima jurutera yang diiktiraf Anugerah Reka Bentuk tahun ini.
Satu lagi pemenang lain adalah bangunan The Arc di Universiti Teknologi Nanyang yang menempatkan lebih 50 bilik darjah digital.
Selain tapaknya yang cerun, para jurutera perlu memastikan rangkaian-rangkaian kabel bawah tanah yang sedia ada tidak terjejas.
Untuk mengatasi semua itu, juruteranya memanfaatkan teknologi maya dalam rekaan struktur sebelum kerja-kerja binaan dimulakan.
Anugerah akan disampaikan pada bulan depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.