Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jurutera maut terjatuh dari ketinggian 30 meter di bangunan CapitaSpring

Seorang jurutera berusia 48 tahun meninggal dunia pada pagi Jumaat (8 Apr) setelah terjatuh daripada ketinggian 30 meter di 88 Market Street.

Anggaran Waktu Membaca:
Jurutera maut terjatuh dari ketinggian 30 meter di bangunan CapitaSpring

(Gambar: CapitaLand)

Diterbitkan : 09 Apr 2022 12:15PM Dikemas Kini : 09 Apr 2022 12:15PM

SINGAPURA: Seorang jurutera berusia 48 tahun meninggal dunia pada pagi Jumaat (8 Apr) setelah terjatuh daripada ketinggian 30 meter di 88 Market Street.

Demikian menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) hari ini (9 Apr).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia menerima panggilan meminta bantuan kira-kira pukul 11.00 pagi dan individu itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh seorang anggota paramedik.

Bangunan CapitaSpring itu terletak di 88 Market Street.

"Seorang jurutera tempatan berusia 48 tahun sedang bekerja di tingkat di mana kerja-kerja penyenggaraan dijalankan, di atas tingkat 16 bangunan tersebut apabila beliau terpijak panel siling palsu," kata seorang jurucakap bagi MOM.

"Panel itu roboh apabila dipijak sekaligus menyebabkannya terjatuh dari ketinggian sekitar 30 meter. Wanita itu terjatuh ke tingkat sembilan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota paramedik.

"Sebagai langkah keselamatan umum, permukaan yang mudah rapuh perlu ditandakan dengan jelas dan dengan ketara bagi memberi amaran risiko terjatuh dari ketinggian."

Wanita itu merupakan seorang kakitangan Dragages Singapore, iaitu syarikat kontraktor bagi CapitaSpring, menurut jurucakap bagi pihak pengurusan bangunan pejabat itu.

"Kami berdukacita atas pemergian seorang kakitangan syarikat kontraktor kami, Dragages Singapore, disebabkan satu kejadian melibatkan beliau terjatuh dari tingkat tinggi bangunan itu pada Jumaat.

"Ingatan kami bersama insan-insan tersayang kakitangan syarikat kontraktor kami dan kami menghulurkan bantuan kepada keluarga mendiang," menurut CapitaSpring.

"Keselamatan di tempat kerja adalah sangat penting bagi kami dan kami memerlukan semua kontraktor dan pembekal untuk menggunakan peralatan sesuai dan mematuhi prosedur keselamatan.

"Kami memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan ke atas kejadian itu."

MOM sedang menyiasat kejadian itu dan mengarahkan penghuni CapitaSpring, Ascott International Management, supaya menghentikan semua akses ke tingkat penyenggaraan tersebut.

Sumber : CNA/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa