Jururawat tanggung beban pandemik, berhak terima sokongan dan dihormati, kata Presiden Halimah
Sistem kesihatan negara menghadapi tekanan luar biasa yang amat besar sejak pandemik bermula namun para jururawat terus menanggung bebannya.
SINGAPURA: Sistem kesihatan negara menghadapi tekanan luar biasa yang amat besar sejak pandemik bermula namun para jururawat terus menanggung bebannya.
Maka itu, mereka berhak mendapat sokongan dan rasa hormat daripada kita semua.
Presiden Halimah Yacob berkata demikian dalam satu catatan Facebook pada Sabtu (31 Jul) sempena Hari Jururawat.
Puan Halimah berkata Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Jagaan Kesihatan giat menjaga kebajikan para jururawat dan menaikkan semangat mereka.
"Jururawat memainkan peranan genting dalam sistem jagaan kesihatan kita. Sumbangan mereka sangat besar terutama tatkala COVID-19 apabila ramai menggadaikan nyawa mereka dan meletakkan keluarga mereka dalam bahaya," ujarnya.
Puan Halimah mengucapkan terima kasih kepada jururawat atas kerja keras, dedikasi serta belas ihsan mereka sepanjang menjalankan tugas.
Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil kesempatan ke atas mereka mahupun memperlekehkan pengorbanan mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.