Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jururawat SG guna bayaran Pakej Jaminan untuk beli makanan, keperluan harian buat warga emas

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ramai warga Singapura sudah menerima bayaran Pakej Jaminan yang diagihkan untuk mengimbangi kesan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai Januari nanti.

Pastinya ramai sudah membuat senarai barangan yang ingin dibeli.

Namun buat seorang jururawat, beliau memutuskan untuk menggunakan kesemua wang yang diterima itu untuk tujuan mulia iaitu dengan membeli makanan dan keperluan harian buat warga emas.

Cik Ye Yongan, 23 tahun, sentiasa memikirkan nasib warga emas dan kebajikan mereka, katanya kepada Shin Min Daily News.

Ia bermula dua tahun lalu ketika kemuncak pandemik COVID-19.

Nenek Cik Ye menghadapi kesukaran berbelanja apabila warga Singapura berpusu-pusu ke pasar raya untuk membeli barangan keperluan harian mereka.

Cik Ye, seorang jururawat berdaftar di Hospital Alexandra, mula memikirkan sama ada warga emas yang lain juga berdepan dengan masalah yang atau tinggal sendirian.

Ada yang tidak punyai anak yang tinggal bersama untuk membantu mereka manakala terdapat juga yang mungkin menghadapi masalah kewangan.

Meskipun sibuk bekerja, beliau tetap meluangkan masa lapangnya untuk melakukan kerja-kerja masyarakat.

Sejak 2020, Cik Ye menyiapkan dan memberikan pakej penjagaan kepada warga yang memerlukan termasuk keperluan seharian mereka dan makanan.

Bagi tujuan itu, beliau mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan, anggota keluarga, jiran dan pertubuhan seperti Persatuan Rakyat (PA) dan Yayasan Temasek.

Cik Ye berjaya mengumpulkan kira-kira 50 sukarelawan untuk mengagihkan "Pakej Penjagaan Krismas" pada Disember 2020.

Pada Februari 2021 pula, beliau mengagihkan "Pakej Penjagaan Tahun Baru Cina".

Sejak tiga tahun lalu, beliau sudah membantu sekitar 290 warga emas yang memerlukan dan keluarga berpendapatan rendah.
 
Sumber : Agensi berita/FA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan