Jururawat hilang pekerjaan selepas alami kesan sampingan teruk terhadap vaksin COVID-19 belum mohon bantuan kewangan: MOH
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang jururawat yang hilang pekerjaannya selepas mengalami kesan sampingan teruk terhadap vaksin COVID-19 masih belum memohon bagi Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin (VIFAP).
Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (25 Jan).
Menjawab pertanyaan Mediacorp, MOH menyatakan ia sudah "menghubungi jururawat itu untuk mengetahui sama ada beliau ingin membuat permohonan".
Skim tersebut menyediakan "bantuan kewangan muhibah sekali saja" kepada individu-individu yang mengalami kesan sampingan teruk yang dinilai oleh doktor sebagai mempunyai kaitan dengan vaksin COVID-19 yang diberikan di bawah Program Vaksin Kebangsaan di Singapura.
Ini termasuk vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty, Moderna/Spikevax dan Novavax/Nuvaxovid. Vaksinasi Sinovac-CoronaVac juga layak sekiranya individu itu mendapatkan suntikannya dari 23 Oktober 2021.
Rakyat Singapura, Penduduk Tetap (PR) atau pemegang pas jangka panjang yang disarankan untuk mendapatkan vaksin COVID-19 layak untuk menerima bayaran tersebut.
413 PEMOHON TERIMA HAMPIR S$1.9 JUTA DI BAWAH VIFAP
Dalam kenyataannya, MOH menambah setakat 31 Disember 2022, sebanyak 413 pemohon sudah menerima bayaran di bawah VIFAP, dengan sebanyak S$1,895,000 sama ada sudah dibayar atau ditawarkan kepada pemohon.
Daripada jumlah itu, MOH menyatakan tiga pemohon ditawarkan bayaran S$225,000 di bawah Peringkat 1, yang disediakan bagi individu yang meninggal dunia atau hilang upaya secara kekal.
"Semua permohonan VIFAP akan dinilai oleh panel klinikal bebas," tambah MOH.
"Untuk layak bagi VIFAP, panel klinikal itu mesti menilai bahawa terdapat kesan sampingan serius yang berlaku yang berkaitan dengan vaksin COVID-19 yang diterima."
Mereka yang perlu dimasukkan ke unit kebergantungan tinggi atau jagaan rapi, dengan pemulihan seterusnya, akan menerima S$10,000 di bawah Peringkat 2.
Mereka yang memerlukan rawatan di hospital, dengan pemulihan seterusnya, pula akan menerima S$2,000 di bawah Peringkat 3.
Awal bulan ini, keputusan Mahkamah Tinggi mengesahkan bahawa wanita berkenaan mengalami kesan sampingan teruk terhadap dos kedua vaksin COVID-19 pada Mac 2021. Menyusuli itu, beliau dimasukkan ke hospital selama 151 hari.
Beliau didiagnos dengan Gangguan Pergerakan Tanpa Kawalan, menyebabkannya perlu berkerusi roda dan tidak boleh menyambung pekerjaannya sebagai seorang jururawat di Hospital Besar Singapura (SGH).

Sumber : CNA/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.