Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jurulatih veteran bebas baki tuduhan cabul kehormatan

Anggaran Waktu Membaca:
Jurulatih veteran bebas baki tuduhan cabul kehormatan

Gambar fail Loh Siang Piow. (Gambar: TODAY/Najeer Yusof)

SINGAPURA: Seorang jurulatih balapan veteran yang dibebaskan daripada tuduhan mencabul kehormatan seorang atlit pada bulan lalu, dibebaskan daripada baki tiga tuduhan mencabul kehormatan berkaitan seorang remaja selepas ia digugurkan oleh Pejabat Peguam Negara.

Encik Loh Siang Piow, yang juga dikenali sebagai Encik Loh Chan Pew, dilepaskan hingga membawa kepada dibebaskan daripada tiga tuduhan yang melibatkan seorang remaja 16 tahun pada waktu kejadian.

Ini sekali gus bermakna jurulatih berusia 79 tahun itu tidak lagi berdepan dengan sebarang tuduhan.

Encik Loh sebelum ini dijatuhi hukuman penjara selama 21 bulan pada 2020 kerana mencabul seorang atlit perempuan yang dikenali sebagai Cik C, pada 2013.
Dia mengemukakan rayuan terhadap sabitan itu di Mahkamah Tinggi dan dibebaskan daripada tuduhan tersebut pada 30 Mac tahun ini. Hakim Hoo Sheau Peng berkata bahawa pihak pendakwa gagal membuktikan kes tersebut tanpa sebarang keraguan munasabah.

Tiga tuduhan berkaitan dengan remaja 16 tahun itu diketepikan buat sementara waktu sedang kes yang melibatkan Cik C masih dijalankan.

Setelah dibebaskan daripada baki tiga tuduhan tersebut, para peguam Encik Loh daripada Wong Partnership, Peguam Kanan Tan Chee Meng, Paul Loy dan Calvin Ong menarik perhatian: "Tempoh sekitar tujuh tahun yang lalu merupakan pengalaman yang memberi trauma kepada Encik Loh."

"Dakwaan yang dikenakan terhadapnya bukan saja menjejas teruk kedudukannya secara peribadi dan profesional, bahkan lebih menyedihkan merampas perkara yang paling disayanginya iaitu melatih dan mendorong atlit muda kita untuk mencatat pencapaian terbaik mereka di pentas kebangsaan mahupun antarabangsa."

Mereka menambah Encik Loh berasa "gembira dan lega" bahawa pihak pendakwa sudah menarik balik semua baki tuduhan terhadapnya.

KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI

Dalam keputusannya bulan lalu, Hakim Hoo berkata bahawa terdapat "keraguan yang serius" terhadap dakwaan Cik C.

Cik C merupakan atlit peringkat nasional yang berpotensi ketika itu.

Menurut Hakim Hoo, mesej Cik C tidak konsisten dengan keterangannya di mahkamah mengenai insiden tersebut. Cik C juga didapati "membesar-besarkan" beberapa aspek insiden tersebut.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan