Jurulatih memandu tanpa lesen dihukum penjara, ajar lebih 100 pelajar
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang bekas jurulatih memandu yang lesennya tamat tempoh pada 2001 mengambil pelajar secara haram dan terus mengajar cara memandu dengan bayaran.
Ini meskipun selepas polis trafik menghentikannya dan mendapati dia tidak mempunyai lesen yang diperlukan untuk berbuat demikian.
Antara Disember 2023 hingga Mac 2025, Tan Teng Hock yang berusia 67 tahun mengajar sekitar 110 hingga 130 pelajar dengan bayaran antara S$60 dengan S$70 sejam.
Pada Khamis (5 Feb), rakyat Singapura itu dijatuhkan hukuman penjara lima minggu, denda S$1,000 dan hilang kelayakan memandu selama 24 bulan.
Dia mengaku bersalah atas tiga tuduhan termasuk menjadi jurulatih memandu tanpa lesen dan membenarkan pelajar menggunakan kenderaan tanpa perlindungan insurans yang sah, dengan tuduhan keempat turut dipertimbangkan.
KES
Mahkamah diberitahu bahawa lesen jurulatih memandu Tan tamat tempoh pada Mac 2001 dan dia tidak memperbaharuinya.
Pada Disember 2023, Tan membuat perjanjian dengan rakannya, Fong Chong Fat berusia 71 tahun, yang merupakan jurulatih memandu berlesen.
Fong akan merujuk beberapa pelajarnya yang tidak berasa curiga terhadap Tan, yang akan mengenakan bayaran S$60 hingga S$65 sejam. Ini memberikan Tan pendapatan tambahan.
Antara Disember 2023 dengan April 2024, Tan mengajar sekitar 70 hingga 80 pelajar walaupun dia tidak mempunyai lesen jurulatih memandu yang sah.
Pada 4 April 2024, Tan membawa seorang pelajar untuk mengajar cara memandu berhampiran Ubi.
Seorang pegawai polis trafik menghentikan kenderaan itu untuk pemeriksaan rutin.
Pelatih pemandu itu memberitahu polis bahawa dia tidak mempunyai lesen memandu dan dia sedang belajar memandu, dengan Tan sebagai jurulatihnya.
Namun, plat "L" tidak dipamerkan pada kenderaan itu, dan tiada kawalan brek dipasang di tempat duduk penumpang hadapan di mana Tan duduk.
Pegawai polis membuat laporan pada hari yang sama.
Tan ditangkap pada Oktober 2024 dan dilepaskan dengan ikat jamin. Dia didakwa di mahkamah pada bulan berikutnya.
Meskipun begitu, Tan terus mengambil pelajar. Antara Disember 2024 dan Mac 2025, dia mengajar kira-kira 40 hingga 50 pelajar, menaikkan yurannya kepada S$70 sejam.
Dia ditangkap untuk kali kedua pada 2 Mac 2025 apabila seorang pegawai polis trafik menghentikan kenderaannya untuk pemeriksaan rutin di Paya Lebar.
PELBAGAI KESALAHAN TRAFIK
Pendakwa meminta hukuman penjara empat setengah minggu hingga lapan minggu untuk Tan, serta denda S$1,000 dan larangan memandu selama 12 bulan.
Dia memberikan senarai panjang kesalahan trafik Tan. Ini termasuk kes berulang memandu laju dan melanggar lampu merah.
Pada insiden berasingan lain, dia gagal memakai tali pinggang keledar dan ditangkap kerana memandu dengan cuai.
Membantah hujah pihak pembela bahawa motivasi utama Tan adalah untuk membantu rakan baiknya dan membimbing pelajar, pendakwa berkata Tan menerima "yuran yang lumayan".
Sebagai respons, peguam pembela Ivan Lee Chin Seon mengakui bahawa anak guamnya "meraih keuntungan", namun pekerjaan itu dilakukan secara sampingan dan bukan "aliran yang tetap".
Dalam menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah Kessler Soh berkata: "Saya harap anda sedar bahawa apa yang anda lakukan adalah sangat serius."
Beliau membenarkan Tan untuk menangguhkan hukumannya sehingga 23 Februari.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.