Skip to main content

Singapura

Jurulatih diuji positif COVID-19 sepatutnya ambil bahagian dalam acara ONE Championship

Seorang jurulatih yang diuji positif COVID-19 sebaik sahaja tiba di Singapura sepatutnya mengambil bahagian dalam acara ONE Championship pada Jumaat (4 Dis).  

Anggaran Waktu Membaca:
Jurulatih diuji positif COVID-19 sepatutnya ambil bahagian dalam acara ONE Championship

(Gambar: ONE Championship)

Diterbitkan : 30 Nov 2020 11:04PM Dikemas Kini : 30 Nov 2020 11:07PM

SINGAPURA: Seorang jurulatih yang diuji positif COVID-19 sebaik sahaja tiba di Singapura sepatutnya mengambil bahagian dalam acara ONE Championship pada Jumaat (4 Dis).

Lelaki berusia 58 tahun itu diuji negatif COVID-19 sebelum berlepas dari Belarus ke Singapura, menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan ONE, pada Isnin dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp pada Ahad malam.

Beliau diuji positif COVID-19 sebaik sahaja tiba di Singapura pada 27 Nov. Kementerian Kesihatan (MOH) pada Ahad menyatakan bahawa lelaki berusia 58 tahun itu tiba dari Belarus. Beliau adalah pemegang pas lawatan jangka pendek.

"Sebagai sebahagian daripada protokol ketat bagi atlit warga asing dan kakitangan yang mengambil bahagian dalam acara ini, beliau diasingkan sejak tiba di Singapura. Setelah diuji positif COVID-19, beliau dihantar ke hospital dan kini sedang menjalani rawatan," menurut ONE dan STB.

Tiga peserta lain dalam acara itu yang berada dalam penerbangan yang sama kini sedang dikuarantin di pusat kemudahan khas.

Acara yang dijadualkan pada Jumaat, berjudul ONE: Big Bang, akan diteruskan seperti dirancang pada 4 Dis, tambah STB dan ONE. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita