Juruaudit negara baharu SG mula berkhidmat 8 Feb
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura akan mempunyai juruaudit negara yang baharu mulai 8 Februari, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Jumaat (10 Jan).
Encik Ng Wai Choong, yang kini merupakan pesuruhjaya Hasil Mahsul dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS), akan menggantikan Cik Goh Soon Poh.
Beliau akan bersara daripada perkhidmatan awam pada 7 Februari, manakala Cik Goh akan bersara sebagai juruaudit negara selepas tamat tempoh perkhidmatannya pada 8 Februari.
Cik Goh, 62 tahun, mempunyai 40 tahun pengalaman dalam sektor awam dan telah menjadi juruaudit negara Singapura sejak enam tahun lalu.
“Di bawah kepimpinan beliau, Pejabat Juruaudit Negara (AGO) mempertajam strategi auditnya dan memanfaatkan penggunaan data dan teknologi untuk mengukuhkan kualiti audit,” menurut PMO.
“AGO juga meningkatkan komunikasi dan dialog dengan agensi sektor awam untuk bekerjasama meningkatkan kebertanggungjawapan awam dan mengukuhkan tadbir urus kewangan dalam sektor awam.”
Sebelum pelantikannya pada Februari 2019, Cik Goh memegang jawatan pengurusan kanan, termasuk di Kementerian Pendidikan (MOE), Kementerian Kewangan (MOF), Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD), Kementerian Dalam Negeri (MHA) dan PMO.
Beliau juga dianugerahkan Pingat Pentadbiran Awam (Perak) pada tahun 2000 dan Pingat Pentadbiran Awam (Emas) pada tahun 2015.
Ketua Perkhidmatan Awam Leo Yip mengucapkan terima kasih kepada Cik Goh atas "sumbangan penting" beliau selama 40 tahun kepada perkhidmatan awam dan enam tahun kepimpinan beliau dalam AGO, tambah PMO.
Penggantinya mempunyai 35 tahun pengalaman sektor awam.
Encik Ng, 59 tahun, dilantik sebagai timbalan setiausaha industri di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dari 2004 hingga 2007 dan berkhidmat secara serentak sebagai ketua eksekutif Suruhanjaya Persaingan Singapura dari 2005 hingga 2006.
Pada 2007, beliau dilantik sebagai timbalan setiausaha dasar di MOF, sebelum memegang jawatan ketua eksekutif Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) pada 2015.
Sejak 2018, Encik Ng menjadi pesuruhjaya Hasil Mahsul dan CEO IRAS.
Beliau dianugerahkan Pingat Pentadbiran Awam (Perak) pada 2006 dan Pingat Pentadbiran Awam (Emas) pada 2020.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.