Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jurnal Buruh SG sasar bantu pemerintah, majikan atasi cabaran buruh

Anggaran Waktu Membaca:
Jurnal Buruh SG sasar bantu pemerintah, majikan atasi cabaran buruh

Majlis pelancaran buku panduan yang berjudul 'Singapore Labour Journal' atau Jurnal Buruh Singapura, turut dihadiri Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng dan Penolong Setiausaha Agung NTUC Patrick Tay. (Gambar: Patrick Tay/Facebook)

SINGAPURA: Pemerintah-pemerintah dan para majikan serantau yang mahu mengatasi cabaran buruh kini boleh memanfaatkan satu buku panduan baru.

Berjudul 'Singapore Labour Journal' atau Jurnal Buruh Singapura, ia mencerminkan isu-isu sedia ada seperti kemahiran yang tidak sepadan dan pendigitalan tenaga buruh.

Buku panduan itu adalah yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.

Edisi pertama Singapore Labour Journal didedahkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).

Buku panduan itu juga boleh didapati dalam bentuk token tidak sepiawai atau NFT.

Pihak-pihak berkepentingan seperti ahli akademik, penggubal dasar-dasar, kesatuan dan para pekerja berkongsi pengalaman mereka dalam buku panduan itu.

Matlamatnya adalah untuk memaju dasar-dasar berhubung amalan buruh.

Semasa berucap di pelancarannya, Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng berkata jurnal itu akan membantu menggabungkan amalan terbaik.

Ia boleh membawa gerakan buruh kepada fasa pembangunan yang seterusnya.

Encik Ng juga menekankan bahawa NTUC akan terus berusaha sehingga Model Gaji Progresif (PWM) mencapai "kesimpulan yang sewarjarnya".

Encik Ng turut meluahkan harapan agar mereka yang hadir semasa majlis pelancaran tersebut dapat terus menyokong PWM (Model Gaji Progresif) bagi meningkatkan perpaduan masyarakat secara bersama,mempertingkatkan daya penghasilan, dan melakukan perniagaan dengan lebih baik pada masa yang sama.

Tambah beliau lagi, "Ia bukan sesuatu yang mudah, terutama sekali jika anda lihat kepada tempoh 24 hingga 36 bulan lalu. Gerakan buruh bersama-sama dengan rakan-rakan tiga pihak melakukannya di tengah-tengah COVID-19."
 
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan