Juri Singapore idol Ken Lim didakwa cabul kehormatan wanita di pejabat Hype Records
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: TODAY/Leonard Leong
SINGAPURA: Penerbit muzik Ken Lim Chih Chiang, yang terkenal sebagai juri pertandingan realiti nyanyian Singapore Idol, didakwa pada Khamis (30 Mac) atas tuduhan mencabul kehormatan.
Lim, 58 tahun, dituduh menggunakan keganasan untuk menyentuh payudara seorang wanita berusia 25 tahun di pejabatnya di Hype Records di Henderson Road pada petang 23 November 2021.
Identiti mangsa dilindungi atas perintah mahkamah.
Lim mengendalikan Hype Records, iaitu syarikat penganjur konsert, label rekod dan agensi pengurusan artis.
Dia ditawarkan ikat jamin S$10,000.
Selepas menjadi juri bagi Singapore Idol pada tahun 2000-an, Lim juga terus mengadili pertandingan nyanyian realiti The Final 1 pada tahun 2013.
Jika didapati bersalah, dia berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun, didenda atau kedua-duanya sekali. Hukuman itu juga termasuk sebatan rotan, tetapi di Singapura pesalah berusia 50 tahun dan ke atas tidak dirotan.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.