Skip to main content

Singapura

Jumlah warga asing dilarang masuk SG naik 43% pada separuh pertama 2025

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 31 Jul 2025 06:52PM Dikemas Kini : 01 Aug 2025 12:49AM
SINGAPURA: Keselamatan sempadan Singapura diperketatkan dengan ketara, dengan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) melaporkan peningkatan 43 peratus pada jumlah warga asing yang dilarang memasuki Singapura pada separuh pertama 2025.

Jumlah kontraband yang dikesan juga meningkat sebanyak 28 peratus.

Ini berikutan sistem biometrik canggih yang diperkenalkan di pusat-pusat pemeriksaan.

Di sempadan, teknologi baharu membantu pihak berkuasa mengenalpasti pelancong berisiko tinggi sebelum mereka tiba di Singapura.

Ini membolehkan pengumpulan maklumat pelancong yang canggih menjelang ketibaan mereka.

Pada separuh pertama 2025, jumlah pelancong yang dilarang memasuki Singapura meningkat 43 peratus berbanding tahun lalu.

Sementara itu, pengesanan barang-barang haram yang lebih baik turut meningkatkan rampasan barang larangan sebanyak hampir 30%

Penggunaan teknologi juga meningkatkan aliran pengunjung di pusat-pusat pemeriksaan, dengan lebih 93 juta pengunjung melepasi imigresen tanpa menggunakan pasport.

Ini bagi mereka yang tiba melalui darat, udara mahupun laut.

Menteri Ehwal Dalam Negeri, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara K Shanmugam berkata: "Saya yakin bahawa ICA akan terus menyediakan khidmat bertaraf dunia sambil jelas tentang pentingnya keselamatan dan membangunkan rangka kerja undang-undang berhubung imigresen dan pendaftaran."

Dengan penggunaan teknologi juga, orang ramai kini boleh mengumpul pasport mereka dalam masa beberapa minit sahaja.

Ia juga dilakukan tanpa memerlukan kakitangan, sebaliknya hanya dengan bantuan robot.

Ini demi menangani kekurangan tenaga kerja dan permintaan operasi.
Sumber : CNA/AI/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita