Skip to main content

Singapura

Jumlah tuntutan gaji, pampasan dalam kalangan pekerja SG, pekerja hijrahan naik 4 tahun beruntun

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Aug 2025 06:32PM Dikemas Kini : 26 Aug 2025 11:02PM

SINGAPURA: Bilangan pekerja tempatan dan warga asing yang membuat tuntutan mengenai gaji dan pemberhentian kerja meningkat buat tahun keempat berturut-turut.

Tahun lalu, lebih 11,500 pekerja memfailkan tuntutan sedemikian dengan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Perikatan Tiga Pihak bagi Pengurusan Pertikaian (TADM).

Ini hampir 20 peratus lebih tinggi berbanding jumlah tahun sebelumnya, dengan kebanyakannya adalah berkaitan gaji.

Bagi tuntutan gaji yang dibuat oleh para pekerja tempatan, sebahagian besar daripada mereka bertugas dalam sektor infokom.

Menurut MOM, sesetengah daripada syarikat-syarikat tersebut terjejas akibat isu aliran wang tunai.

Bagi tuntutan gaji yang dibuat para pekerja warga asing pula, kebanyakannya datang dari industri binaan dan berpunca dari isu-isu seperti kegagalan perniagaan atau pembubaran syarikat.

Lebih 80 peratus daripada kesemua tuntutan itu dapat dihuraikan di TADM.

Menurut MOM lagi, ia memperkukuh perlindungan di tempat kerja bagi mewujudkan tempat kerja yang lebih adil dan inklusif.

Ini termasuk menerusi undang-undang baharu bagi pekerja platform dan melaksanakan langkah perlindungan terhadap diskriminasi di tempat kerja.

Sumber : CNA/AI/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita