'Jumlah terhad' barangan peribadi boleh dihantar dalam beg diplomatik, kata MFA
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Selain dokumen rasmi, beberapa barang peribadi boleh dihantar menggunakan perkhidmatan beg diplomatik, umum Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Rabu (10 Jan).
"Jumlah barang peribadi terhad dibenarkan supaya kakitangan kami dapat menjalankan tugas mereka dengan cekap," kata Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan.
"Seperti contoh, ketika pandemik COVID-19, sejumlah bekalan perubatan terhad dihantar kepada kakitangan kami," katanya.
Dr Balakrishnan menjawab dua soalan di parlimen mengenai beg diplomatik, yang digunakan bagi barangan rasmi dan tidak boleh dibuka atau ditahan, menurut Konvensyen Vienna tentang Hubungan Diplomatik.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membenarkan beg diplomatik digunakan untuk keperluan bekalan perubatan bagi kakitangan dan tanggungannya, dalam jumlah yang munasabah jika barang tersebut tidak boleh didapati di sebuah negara.
Soalan di parlimen itu dikemukan selepas ketua pengarah di Kementerian Ehwal Luar (MFA) didakwa atas kesalahan menggunakan beg diplomatik untuk menghantar Panadol dan jam-jam mewah.

Gilbert Oh Hin Kwan, 44 tahun, menghantar bungkusan mengandungi Panadol dari Singapura ke Beijing menggunakan perkhidmatan beg diplomatik pada Disember 2022, sedang kes COVID-19 melonjak di China. Bungkusan tersebut ditujukan kepada kenalan peribadi, dan bukan rakan sekerjanya di Beijing.
Oh juga dituduh menghasut rakannya di Beijing supaya menghantar bungkusan mengandungi jam-jam mewah dari China ke Singapura.
Selain kes Oh, yang dihadapkan di mahkamah, tiada insiden yang berlaku di mana penggunaan beg diplomatik dipersoalkan sepanjang lima tahun lalu, kata Dr Balakrishnan.
"Kita mempunyai sistam dan garis pandu yang ditetapkan bagi penggunaan beg diplomatik dengan betul, dan kita akan menyemak proses itu dari masa ke semasa.
Beliau berkata kakitangan MFA harus mengisytiharkan barang yang akan dimasukkan ke dalam beg itu, dan barang tersebut tidak boleh melanggar larangan import atau eksport yang ditetapkan oleh Singapura atau negara yang menerimanya.
"Seperti beg-beg lain yang dibawa ke dalam kapal terbang, beg tersebut juga perlu melalui pemeriksaan X-ray dan sudah tentu, pemeriksaan lain yang dibenarkan undang-undang di bawah amalan diplomatik," tambah Dr Balakrishnan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.