Jumlah terbesar S$2.7 juta Dana Pendidikan Islam akan diagihkan pada 2025; kriteria kelayakan disemak sokong lebih ramai pelajar sertai kelas aLIVE
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) telah menyemak semula kriteria dan jumlah bantuan kewangan yang diberikan di bawah Dana Pendidikan Islam (IEF), sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menjadikan pendidikan Islam secara sambilan mudah diakses lebih ramai anak muda Islam di Singapura.
Dengan semakan itu, kira-kira 4,700 pelajar akan meraih manfaat daripada S$2.7 juta yang diagihkan pada 2025.
Jumlah bantuan itu merupakan kenaikan 50 peratus berbanding tahun sebelumnya, sekali gus yang terbesar pernah diagihkan sejak IEF diperkenalkan pada tahun 2004.
Demikian diumumkan MUIS dalam satu kenyataan media pada Rabu (28 Ogos).
Pelajar di pusat aLIVE daripada keluarga berpendapatan rendah kini akan menerima sehingga S$600 setiap tahun, naik daripada S$520 yang diberikan sebelum ini di bawah Geran Bantuan Kewangan.
Untuk layak, pendapatan per kapita (PCI) keluarga tidak boleh melebihi S$750.
Ia lebih tinggi berbanding kriteria PCI sekarang ini iaitu S$500.
Selain itu, Rebat Sokongan Keluarga (FSR) juga dinaikkan kepada sehingga S$360 setiap pelajar daripada S$70 setahun sekarang ini.
Jumlah itu termasuk subsidi yuran madrasah di masjid sehingga S$240 dan S$120 untuk yuran rampaian bagi setiap pelajar.
Kriteria pendapatan per kapita keluarga adalah antara S$751 dengan S$1,000, naik daripada S$501 hingga S$750 pada masa ini.
Perubahan tersebut berkuat kuasa bagi pelajar yang memohon mengikuti kelas aLIVE, bagi tahun akademik 2025 dan seterusnya, kata MUIS.
Mengulas mengenai perubahan baharu tersebut, Timbalan Ketua Eksekutif MUIS, Khairul Anwar berkata: "Di MUIS, kami percaya akan peri pentingnya pendidikan Islam dalam membesarkan anak-anak muda Muslim. Pada masa yang sama, kami berusaha memastikan pendidikan Islam kekal dalam kemampuan ramai.
"Kriteria dan kelayakan Dana Pendidikan Islam telah disemak untuk meningkatkan kapasiti menyediakan lebih banyak bantuan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, yang mengikuti kelas aLIVE," tambahnya.
Sejak diperkenalkan pada 2004, IEF telah mengagihkan lebih S$13.9 juta kepada 46,930 penerima yang berusia antara lima dengan 20 tahun, kata MUIS.
IEF menyediakan bantuan, dalam bentuk subsidi yuran bulanan dan bayaran lain serta bahan-bahan pembelajaran, dalam usaha memastikan kelas aLIVE di masjid-masjid kekal dimampui semua.
Pendaftaran bagi kelas aLIVE bagi tahun akademik 2025 boleh dibuat menerusi laman ini mulai 15 Oktober 2024.

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.