Jumlah sukarelawan SG naik 20% pada 2023
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Unsplash)
SINGAPURA: Tinjauan oleh Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) menunjukkan jumlah sukarelawan naik 20 peratus pada 2023 berbanding 2021.
Namun, NCSS menyatakan syarikat korporat masih kurang melibatkan diri dalam program sukarelawan disebabkan perubahan pada keutamaan mereka.
Untuk memupuk semangat sukarelawan pada jangka panjang, NCSS menekankan keperluan bagi kepimpinan yang kukuh, serta peluang untuk melakukan kerja sukarela yang berkesan dan bermakna.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NCSS, Tan Li San, ia berjaya menarik lebih 100,000 pengunjung ke pesta sukarelawannya pada Julai lalu.
Menurut beliau, ramai orang berminat untuk menjadi sukarelawan.
NCSS, dengan kerjasama Pusat Sukarelawan dan Kedermawanan Nasional (NVPC), juga menyediakan program untuk syarikat korporat, yang menggalakkan kerja sukarela.
"Namun dalam tempoh dua tahun, kami menyaksikan penglibatan daripada syarikat korporat berkurangan, seperti yang kami jangkakan," kata Cik Tan.
"Ia mungkin disebabkan kekurangan sukarelawan, atau kadangkala syarikat korporat mempunyai keutamaan lain. Namun ini adalah sesuatu yang akan kami usahakan sedang kami maju ke hadapan," tambahnya.
Menurutnya lagi, kepimpinan dalam syarikat korporat sangat penting. Bahkan jika seseorang ketua menyokong sebuah program sukarelawan, dia akan dianggap sebagai teladan terbaik dan ia akan menentukan sama ada program tersebut akan berjaya atau tidak.
Cik Tan menambah, salah satu cara untuk menggalakkan lagi penglibatan syarikat korporat adalah dengan memastikan ia mempunyai peranan yang jelas, supaya mereka mempunyai pengalaman yang bermakna.
Selain itu, NCSS akan terus berusaha untuk bekerja rapat dengan agensi khidmat sosial, supaya mereka mempunyai kelengkapan yang cukup bagi mengurus dan menerima sukarelawan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.