Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah sokongan dana MUIS buat Darul Arqam naik hampir 20% untuk sokong saudara baharu

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) memperuntukkan lagi S$1.8 juta untuk mempertingkatkan khidmat sokongan bagi golongan yang baru memeluk agama Islam.

Ini menerusi satu perjanjian selama tiga tahun yang dimeterai MUIS dengan Persatuan Darul Arqam.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan MUIS pada Selasa (10 Dis), jumlah $1.8 juta itu 18.7 peratus lebih tinggi berbanding geran yang diberikan sebelumnya.

Dengan perjanjian kerjasama tersebut, Darul Arqam akan terus mengendalikan khidmat Pusat Sehenti bagi Saudara Baharu hingga Disember 2027.

Ini bermakna setiap tahun, geran yang diberikan bagi tujuan tersebut bernilai S$600,000.

Geran tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan MUIS dalam membangunkan kerjasama dan menyokong pertubuhan Muslim dalam menawarkan perkhidmatan sosio-keagamaan untuk masyarakat Muslim dan masyarakat secara amnya.

Kerjasama itu bukan sekadar sokongan kewangan semata tapi MUIS juga akan terus bekerjasama dengan Darul Arqam untuk menyediakan sistem sokongan buat golongan yang baru memeluk agama Islam.

Perjanjian itu dimeterai oleh Ketua Eksekutif MUIS, Kadir Maiden dan Presiden Persatuan Darul Arqam, Muhammad Imran Kuna di Hab Islam Singapura.


"Menerusi kerjasama yang diperkukuh ini, MUIS akan terus mempertingkatkan sokongan kepada saudara baharu, memastikan mereka memiliki akses kepada pusat sehenti yang menyeluruh dan mudah bagi khidmat-khidmat keagamaan dan hal-hal berkaitan untuk memeluk agama Islam , sekali gus menawarkan bantuan yang berkesan dan boleh dipercayai," menurut MUIS.

Kerjasama ini dimulakan sejak tahun 2005 lagi dengan MUIS melantik Darul Arqam sebagai pengendali khidmat Pusat Sehenti bagi Saudara Baharu.

Ini termasuk menyediakan program-program pendidikan seperti kelas-kelas mengenai asas-asas agama Islam .
Sumber : BERITA Mediacorp/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan