Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah sisa dihantar ke tapak pelupusan sampah tidak berubah sejak 2018

Setiausaha Parlimen Kanan bagi Kemampanan dan Sekitaran Baey Yam Keng berkata, sampah sarap yang dihantar ke Kawasan Pelupusan Sampah Semakau kekal tidak berubah sejak beberapa tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Feb 2025 06:33PM Dikemas Kini : 05 Feb 2025 11:06PM
SINGAPURA: Setiausaha Parlimen Kanan bagi Kemampanan dan Sekitaran Baey Yam Keng berkata, sampah sarap yang dihantar ke Kawasan Pelupusan Sampah Semakau kekal tidak berubah sejak beberapa tahun lalu.

Ini walaupun jumlah sampah yang dihasilkan di dalam negeri, telah merosot.

Beliau berkongsi kemas kini itu di Parlimen pada Rabu (5 Feb) mengenai tahap pencapaian bagi memenuhi sasaran Pelan Singapura Menghijau 2030.

"Nisbah harian sisa berbanding tapak pelupusan sampah kita per kapita kekal sama seperti garis dasar sebelum pandemik pada 2018. Ini sebahagian besarnya disebabkan paras kitar semula merosot kerana cabaran-cabaran seperti kos lebih tinggi, sekatan import oleh negara-negara luar dan permintaan lebih rendah bagi bahan yang dikitar semula," kata Encik Baey.

"Kami akan terus tingkatkan usaha gigih serta bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan untuk mengurangkan sisa," tambahnya.

Ketika ditanya jika Singapura mampu mencapai sasaran untuk memanfaatkan tenaga suria, Encik Baey berkata negara ini sudah berjaya menjana sebanyak 1.35 gigawatt puncak tenaga suria.

IJumlah itu kata beliau cukup untuk memenuhi sekitar 2 peratus keperluan elektrik Singapura setiap tahun.

Pelan Menghijau Singapura 2030 menyasarkan untuk menjana 1.5 gigawatt tenaga suria menjelang 2025.

Diumumkan pada 2021, antara matlamat pelan itu termasuk mengurangkan pelepasan karbon.
Sumber : CNA/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan