Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah remaja SG diberkas hisap ganja naik 3 kali ganda pada 2022, dedah CNB

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jumlah penyalah guna ganja berusia bawah 20 tahun yang diberkas telah meningkat tiga kali ganda dari 8 pada 2021 kepada 26 pada 2022.

Demikian menurut perangkaan tahunan yang dikeluarkan oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) pada Rabu (15 Feb).

Jumlah itu membentuk seperlima daripada keseluruhan penyalah guna dadah dari golongan remaja pada 2022.

Jumlah keseluruhan penyalah guna ganja yang diberkas juga telah meningkat sebanyak 71 peratus dari 138 pada 2021 kepada 236 pada 2022, dedah CNB dalam kenyataan medianya yang dikeluarkan pada Rabu (15 Feb).

Daripada 236 individu yang diberkas atas kesalahan menggunakan ganja, 168 daripada mereka adalah penyalah guna baru, dengan tujuh daripada 10 berusia bawah 30 tahun.

Pengarah CNB Sam Tee berkata agensi itu menyaksikan trend yang "membimbangkan" pada trend perampasan ganja dan jumlah penyalah guna ganja berusia bawah 30 tahun yang diberkas semakin meningkat, dengan sesetengah daripada mereka semuda 14 tahun.

Perampasan ganja juga meningkat sebanyak 24 peratus, dari 107.08 kilogram pada 2021 kepada 133.25 kilogram pada 2022, menurut CNB.

Dadah methamphetamine masih merupakan dadah yang paling disalah guna di Singapura pada tahun lalu. Seramai 1,455 penyalah guna dadah itu diberkas, dengan jumlah tersebut membentuk 51 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Encik Tee menyifatkan peningkatan pada penyalahgunaan ganja di Singapura sebagai satu "keprihatinan utama".

"Tinjauan baru-baru ini menunjukkan bahawa sebahagiannya didorong oleh 'tindakan yang meluluskan penggunaan ganja' di beberapa bahagian lain di dunia dan ia mungkin dianggap sebagai satu perkara biasa oleh sesetengah remaja kita," kata Encik Tee.

"Meskipun bahaya ganja sudah dibuktikan oleh masyarakat perubatan, termasuk risiko ketagihan, golongan tersebut menganggap ganja tidak berbahaya."

"CNB akan mempergiatkan usaha untuk meningkatkan tahap kesedaran golongan remaja dan belia kita, khususnya terhadap bahaya ganja dan penyalahgunaan dadah," tambah Encik Tee.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan