Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah rekod S$277,500 diagih kepada 36 penerima biasiswa berprestij LBKM

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah rekod S$277,500 diagih kepada 36 penerima biasiswa berprestij LBKM

(Gambar: Facebook/Abdul Rohim Sarip)

SINGAPURA: Seramai 36 penuntut pada Jumaat (30 Sep) menerima biasiswa berprestij Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) berjumlah S$277,500 - iaitu jumlah tertinggi yang pernah diagihkan sejauh ini.

Jumlah itu juga kenaikan 30.5 peratus berbanding S$212,500 pada tahun lalu dan kenaikan hampir 71 peratus daripada S$162,500 pada 2020.

Biasiswa tersebut diagihkan semasa majlis penyampaian Anugerah Biasiswa LBKM yang ke-13, yang diadakan di PARKROYAL on Beach Road Hotel pada Jumaat (30 Sep).

Majlis bagi mengiktiraf prestasi dan pencapai para mahasiswa dan posiswazah itu kembali diadakan secara fizikal tahun ini setelah dua tahun dianjurkan secara maya disebabkan pandemik COVID-19.

"Apa yang sudah kita lihat sepanjang beberapa tahun ini, dan khususnya tahun ini, adalah mutu para pemohon yang sangat luar biasa. Bidang-bidang pengajian para penerima biasiswa kita, minat mereka dan kesungguhan mereka dan kisah hidup mereka luar biasa," Presiden LBKM Dr Syed Harun Taha Alhabsyi.

DUA BIASISWA IKONIK BARU

Lapan daripada 36 penerima tersebut dianugerahi Biasiswa Ikonik, iaitu anugerah yang diperkenalkan sejak empat tahun lalu dan diberikan sempena nama tokoh-tokoh penting yang banyak menyumbang kepada masyarakat.

Tahun ini, LBKM memperkenalkan dua anugerah baru dalam kategori Biasiswa Ikonik - iaitu biasiswa Mohamed Eunos Abdullah, yang diberikan kepada seorang penuntut dalam jurusan Sains Politik dan biasiswa Dr Hafeezudin Sirajuddin Moonshi, yang diberikan kepada dua penuntut dalam bidang perubatan.

"Encik Eunos mulakan kerjaya sebagai wartawan yang mempunyai semangat mendalam bagi masyarakat Melayu Singapura dan merupakan peserta yang aktif dalam perbincangan politik di Singapura.

"Pada 1924, beliau menjadi menjadi Ahli Majlis Perundangan Melayu yang pertama di Negeri-negeri Selat dan memperjuangkan isu-isu berkaitan dengan masyarakat," kata Dr Syed Harun Taha Alhabsyi.

"Dr Hafeezudin pula seorang doktor dan pemimpin masyarakat yang begitu masyhur pada waktu itu. Dia membuka Klinik Muslim pertama di Singapura pada 2016 dan merupakan seorang ahli Lembaga Pemegang Amanah bagi Masjid Khadijah dan Bencoolen, serta memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Perbandaran dan Jaksa Pendamai," tambah Dr Syed.

MUHAMMAD SHABEER TERIMA ANUGERAH SYED ALI REDHA

Anugerah utama di majlis pengagihan biasiswa LBKM itu, iaitu Anugerah Syed Ali Redha - bernilai S$5,000, diberikan kepada Muhammad Shabeer Mohamad Yassin, yang menuntut di Imperial College London.

Muhammad Shabeer ialah
salah seorang penerima anugerah peringkat possiswazah, dengan biasiswa berjumlah S$15,000.

Tahun lalu biasiswa-biasiswa berprestij LBKM itu diberikan kepada 29 penerima dengan S$212,500 diagihkan.
Sejak penubuhannya pada 1965, LBKM sudah mengagih lebih 30,000 bernilai S$30 juta kepada para pelajar dari peringkat sekolah rendah hingga possiswazah.

IBU BAPA PENYUMBANG UTAMA KEJAYAAN MAHASISWA

Dalam ucapannya, Presiden LBKM itu berkata bahawa daripada sesi temubual bersama para mahasiswa beliau mendapati bahawa ibu bapa menjadi tunggak kejayaan mereka.

"Sebagai contoh, daripada mahasiswa yang hadir pada hari ini, kami ada individu yang tidak menuntut di sekolah madrasah tetapi boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan Jawi dengan baik dan juga seorang Hafiz Qur'an.

"Beliau berkata sumber kejayaannya datang daripada keputusan ibu bapanya bagi perjalanan hidupnya," kata Dr Syed.

Lantaran itu, beliau memartabatkan peranan ibu bapa dalam membesarkan dan mendidik anak-anak mereka.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Dr Mohamad Maliki Bin Osman, Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Pendidikan & Menteri Kedua Ehwal Luar.
Sumber : BERITA Mediacorp/HY/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan