Jumlah rekod lebih 20,000 penganut Hindu hadir upacara rasmi Kuil Sri Sivan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kira-kira 20,000 penganut Hindu menghadiri upacara perasmian Kuil Sri Sivan di Geylang pada pagi Ahad (8 Jun).
Ia merupakan kehadiran terbesar untuk acara sedemikian.
Bagi menampung lebih ramai penganut serta pelawat, kuil itu menjalani kerja-kerja naik taraf selama setahun untuk meningkatkan kapasitinya sebanyak 20 peratus.
30 pakar, termasuk 10 tukang besi dan pengukir kayu dari India, terlibat dalam projek naik taraf Kuil Sri Sivan.
Ini termasuk sistem pencahayaan dan audio yang baharu serta ruang ibadat yang lebih besar.
Turut ditingkatkan, kawasan umum seperti bilik air, ruang acara serta dewan makan - di mana jamuan vegetarian dihidangkan untuk para hadirin siang tadi.
Dengan lebih 2,000 sukarelawan terlibat dalam acara tersebut, Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata pengurusan badan-badan Hindu di Singapura tidak boleh diambil ringan.
Beliau berkata: "Terdapat amalan tertentu - melantik orang yang sesuai, dan ini sebahagian daripada langkah cukup teliti, teratur dan berdisiplin.
"Disiplin kewangan serta pertubuhan turut membantu kuil-kuil di Singapura dan segala urusan dijalankan dengan teratur, demi berkhidmat kepada para penganut, yang merupakan fungsi utama kuil."

Sumber : CNA/IQ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.