Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah rasmi kematian akibat COVID-19 bertambah 18 selepas semakan MOH

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah rasmi kematian akibat COVID-19 bertambah 18 selepas semakan MOH

(Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 01 Aug 2022 09:22PM Dikemas Kini : 01 Aug 2022 09:22PM
SINGAPURA: Jumlah rasmi kematian akibat COVID-19 di Singapura pada tahun lalu meningkat sebanyak 18 kepada 821 selepas semakan oleh Kementerian Kesihatan (MOH).

Menurut MOH pada Isnin (1 Ogos) semakan itu dibuat berikutan "latihan penyesuaian tahunan" selepas Pejabat Pendaftaran Kelahiran dan Kematian memuktamadkan laporannya untuk tahun lalu.

“Doktor dikehendaki memaklumkan MOH mengenai kematian akibat COVID-19 secepat mungkin. Berdasarkan laporan doktor, MOH akan menerbitkan jumlah kematian COVID-19 di laman web kami setiap hari,” kata Kementerian Kesihatan.

Di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 2021, doktor juga dikehendaki melaporkan maklumat mengenai punca kematian kepada Pejabat Pendaftaran Kelahiran dan Kematian.

Laporan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian bagi tahun sebelumnya dimuktamadkan dan diumumkan setiap bulan Jun.

Secara keseluruhan, 18 kematian ditambah ke dalam kiraan rasmi kematian akibat COVID-19 Kementerian Kesihatan untuk 2021 selepas penyesuaian itu dibuat. Ia membentuk peningkatan 2.2 peratus daripada kiraan sebelumnya.

Jumlah kematian akibat COVID-19 bagi 2020 tidak berubah, kata MOH.

Lapan daripada 18 kematian tidak dilaporkan kepada MOH tetapi dilaporkan kepada Pejabat Pendaftaran. MOH menyatakan ia akan mengingatkan doktor untuk melaporkan semua kematian COVID-19 kepada kementerian.
11 kematian dilaporkan kepada MOH, tetapi jangkitan COVID-19 tidak dinyatakan sebagai punca kematian tersebut, kerana doktor melaporkan punca kematian berdasarkan maklumat perubatan yang sedia ada semasa membuat laporan. Kematian itu kemudiannya dilaporkan kepada Pejabat Pendaftaran dengan COVID-19 diletakkan sebagai punca kematian selepas semakan lanjut doktor.

Satu kematian adalah dalam kiraan MOH bagi 2021, tetapi dirakamkan dalam kiraan Pejabat Pendaftaran untuk 2022. Ini disebabkan perbezaan tarikh pelaporan kepada MOH dan Pejabat Pendaftaran kerana kematian itu berlaku pada 31 Dis 2021.

MOH menyatakan kematian itu akan dimasukkan dalam kiraan 2022 dan bukannya 2021.
MOH menambah bahawa lima kematian daripada laporan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian adalah individu yang didiagnosis dengan COVID-19 semasa berada di luar negara, dan yang meninggal dunia selepas pulang ke Singapura.

“Kematian ini tidak akan dimasukkan dalam MOH yang hanya mencatat kematian akibat COVID-19 yang didiagnosis di Singapura,” kata Kementerian Kesihatan.

Setakat tengah hari Isnin, Singapura melaporkan 1,718,765 kes COVID-19 dengan 1,502 kematian.
Sumber : CNA/SU/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa